Wednesday 11 July 2012

Cerpen: Penakut Itu.

“AIRIL!!!” Hannah menjerit, geram. Di tangannya adalah buku nota subjek Fundamental of Marketing yang akan dihadirinya sebentar lagi. Atau sepatutnya. Buku yang asalnya berkulit putih itu kini penuh dengan lukisan keanak-anakan bercorak hati berwarna-warni. Dihempas buku itu -geram- ke dada bidang Airil.

Airil menyambut buku itu dengan kemas. “Whoa! Tak payahlah kau nak marah sangat, Hannah. Aku… Aku gurau je lah…” Airil mengangkat kedua-dua belah tangannya, mengaku bersalah sambil membuat muka sedih. Sebahagian besar dirinya tahu bahawa Hannah tidak akan melakukan apa-apa kepada dia.

Afzan yang berada di sebelah Airil yang pada awalnya terkedu dengan perilaku Hannah, kini tergelak besar. “Weh, kau Airil, agak-agaklah. Buku nota dia pun kau nak kacau jugak ke?” Afzan menumbuk lembut bahu kawan baiknya itu.

“Airil! Kau… Macam mana aku nak bawa buku ni pergi kelas, hah? Malulah aku…” Hannah mengetap bibirnya, menahan marah yang meluap-luap itu. Sebagai seorang yang agak dikenali umum sebagai seorang yang agak kasar -di mana Hannah selesa dengan persepsi sebegitu kerana kurang gangguan dari jantina berlawanan dengannya, terima kasih- dia punya imej yang harus dikekalkan.

“Nak aku belikan kertas pembalut ke? Aku balutkan, ye? Ala sayang bucuk bucuk, janganlah marah kita.” Airil memujuk.

Hannah mengangkat tangan, sedia menumbuk Airil di mana sahaja yang dia mampu lepaskan. “Habis aku nak pergi kelas ni macam mana entah?” Tangannya dijatuhkan ke sisi.

“Kau tahan sehari ni je, boleh? Kalau boleh, aku balutkan buku kau nanti cantik-cantik, lepas tu aku belanja kau makan, boleh?” Airil cuba memujuk.

“Domino’s.” Sepatah perkataan keluar dari mulut Hannah, menandakan dia tidak akan beralah.

“Okay okay~ Domino’s ye? Malam ni, ye?” Airil tersenyum lebar, Berjaya memujuk Hannah.

“Aku dengan Afzan punya. Kau bayar.” Hannah berkata sebelum berlalu pergi, tanpa memberi peluang untuk Airil tawar-menawar lagi.

“Alhamdulillah, rezeki aku makan free malam ni.” Afzan berkata dengan kuat, sengaja menyakitkan kati Airil.

“Habis lari budget aku minggu ni, oi!” Airil menumbuk bahu Afzan perlahan.

“Dah kau sengaja cari pasal dengan Hannah kenapa entah? Padan muka. Kau sendiri tahu yang dia takkan lepaskan kau senang-senang je, kan?” Afzan menjelirkan lidah.

“Hannah cantiklah bila dia marah.” Komen Airil.

Afzan menggelengkan kepalanya beberapa kali.

~♥≛♥~

Hannah menyuap sekeping pizza dengan rakus ke dalam mulutnya.

“Amboi anak dara. Makan molek sikit boleh?” Airil menegur Hannah yang makan dengan aksi kurang sopan.

Afzan ketawa sambil menghulurkan kertas tisu agar Hannah dapat mengelap sos tomato yang melekat di pipinya.

Hannah menjelirkan lidah. “Pasal kau lah orang ingat aku buang tabiat hari ini, tahu? Tak pernah-pernah aku pegang benda comel-comel ni. Tiba-tiba buku nota aku tu, haa… colourful habis. Pensyarah aku pun tegur buku nota aku tiba-tiba je berwarna-warni.” Hannah menunjukkan muka kegelian sewaktu mengingati peristiwa dalam kelas tengah hari tadi.

“Dah kau ni melekat dengan warna hitam je? Tak hitam, putih. Paling kurang pun warna kelabulah aku tengok kau pakai. Jumaat pergi kelas pakai jubah, hitam juga. Isnin je lah masa aku tengok kau pakai baju yang ada warna sikit.” Airil mengomel. “Comel lagi kau masa sekolah dulu.”

“Haaa, ye. Aku pun rindu jugak nak tengok kau pakai uniform ketupat tu ha.” Hannah menjuihkan bibir.

Uniform ketupat?” Airil dan Afzan saling berpandangan sebelum masing-masing ketawa.

Hannah mencebikkan bibirnya. “Betullah…”

Airil memegang kolar bajunya. “Uniform ketupat pun, aku tetap handsome, kan Hannah?” Airil mengenyitkan matanya.

“Ewww. Afzan handsome lagi dari kau, okay?” Hannah mencampakkan kertas tisu yang telah digunakan ke muka Airil.

“Hey! Sampai hati you buat I macam ni? You, you kata nak kahwin dengan I, kan? Macam mana you boleh cakap lelaki lain lagi handsome dari I? You dah tak cintakan I ke? Sampainya hatimu~” Airil menyanyikan bait lagu oleh kumpulan Spring ‘Sampai Hati’ sampai tapak tangannya diletakkan di dada, memimikkan muka terluka dengan komen Hannah itu.

Hannah hanya melayan kerenah Airil sambil menyambung bait lagu itu.

Afzan mengeluh. “Kau dengan kau ni, patutnya aku kahwinkan aje. Tau? Bikin sakit kepala aku je dekat dengan kau berdua ni, tau?”

Hannah tersenyum lebar. “Kalau dia kahwin dengan aku, Safirah kesayangan Airil tu nak campak mana entah?” Hannah mencuit bahu Afzan.

“Fira! Macam mana ni? Aku terlupa langsung nak call dia.” Airil menepuk dahi sampai tangannya meraba poket, mencari telefon tangan miliknya lalu terus mendail nombor teman wanitanya.

Hannah hanya senyum memandang Airil, sebelum mengalihkan pandang kepada Afzan. “Kan aku dah kata?” Hannah mengenyitkan mata, cuba menutup luka yang dalam dan tersembunyi.

“Hannah…” Afzan berbisik, namun Hannah hanya menggelengkan kepalanya beberapa kali.

~♥≛♥~

Afzan memberhentikan kereta tepat di hadapan rumah sewa Hannah.

Thanks, Afzan.” Hannah menanggalkan tali keledar.

I can’t quite get it. Thanks, for?” Afzan mencapai kotak rokok yang diletakkan di atas dashboard kereta itu.

For everything. Kau tahu kan apa yang aku maksudkan sebenarnya?” Hannah memandang Afzan, sayu.

Afzan menyalakan pemetik api dan mula menghisap rokok. “Yeah. That you let yourself be a fool. Kau biar je Airil buat apa pun dekat kau. Serius aku tak faham. Mana Hannah yang aku kenal? Fierce and full of self-confidence? Depan dia je, you turn into someone that aku rasa aku tak kenal langsung, kau tahu? Such things like love – relationship – hell, even marriage should never take as joke, Hannah. You’re wiser than that, girl. Bukan sekali dua dia bergurau macam tu dengan kau, Hannah. Dah berkali-kali sampai aku pun dah muak dengar gurauan bodoh macam tu.” Dia mencampakkan pemetik api itu, geram.

Hannah tertunduk dengan kata-kata Afzan itu. Hatinya mengakui betapa benar kata-kata sahabat baiknya itu.

“Berapa tahun?”

Hannah mengangkat kepala, tepat memandang Afzan. “Hm?”

“Berapa tahun dah kau simpan perasaan kau dekat dia?” Afzan menghuraikan persoalan yang bermain di kepalanya.

Hannah menghitung dalam kepala. “Dekat tujuh tahun dah kot?”

Afzan memandang hadapan, menguatkan hatinya untuk terus bertanya. “Macam mana kau boleh tahan? Siap kau boleh tolong dia pikat Safirah lagi? Dekat tujuh tahun, maksudnya kau dah ada perasaan dekat Airil masa kau tolong dia pikat Safirah, kan? Aku pun baru perasan akhir-akhir ni.” Afzan menggeleng kesal.

Hannah mengangguk, setuju.

Why did you even do that for him? Bukannya dia kisah. Bukannya dia tahu. And he certainly won’t acknowledge about your feelings towards him.” Afzan menghisap rokoknya dalam-dalam, sebelum menghembus keluar. “So, why?

“Sebab aku nak dia gembira. Love itself means happiness. If it needs me to sacrifice mine’s to makes him happy, why not?” Hannah tertawa kecil. “Dan bukan dia sahaja definisi bahagia aku dalam hidup ni. Banyak lagi yang mampu buat aku gembira. This kind of small sacrifices means probably nothing to me.

But that, Hannah dear, you’re completely wrong. Walaupun kau gembira, tapi sebahagian hati kau masih harapkan dia sedar semuanya, dan mungkin lebih menghargai kehadiran kau dalam hidup dia.” Afzan membuang puntung rokok keluar dari keretanya. “I dare you, tell me if I was wrong about everything.”

Hannah membuka pintu kereta. “Aku rasa, love itself makes people become fools.” Hannah beredar dan masuk ke rumah sewanya, setelah menutup pintu kereta.

“Kau salah, Hannah. People who are in loves make foolish things. But sometimes, they aren’t fools. Not at all.” Afzan melepaskan keluhan yang berat sebelum melepaskan brek tangan dan meninggalkan rumah sewa Hannah.

~♥≛♥~

Hannah menyandarkan badan ke dinding, menahan air mata yang akan mengalir pada bila-bila masa. Bibirnya diketap –kuat- mencuba untuk tidak melepaskan air mata itu. Ingatannya melayarkan dia kepada semua gurauan Airil yang sentiasa tidak pernah tidak mengusik perasaannya.

Bukan tidak pernah dia mencuba untuk memberitahu AIril mengenai perasaannya kepada jejaka itu, namun dia sentiasa mendahulukan Safirah dalam hal ini. Dahulu, dialah teman paling rapat kepada Safirah. Dia tahu, betapa Safirah juga menyayangi Airil dengan ikhlas.

Airil akan sentiasa mendahulukan Safirah, dan memilih Safirah sehingga bila-bila.

Dan Hannah juga akan kekal begitu, menunggu jawapan kepada persoalan yang tidak pernah dilontarkan.






Yuna
Penakut

Tak semua kau rancang akan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja

Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil
Untuk engkau bertanya jika aku mencintaimu juga
Tidak adil tidak adil baginya

Kau tak pernah cuba memahami aku
Cinta kau ucap tak pernah engkau tunjuk
Dan bila tiba saat ku kehilangan
Beban yang tak pernah kau cuba ringankan

Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil
Untuk engkau bertanya jika aku mencintaimu juga
Kau bukan milikku

Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau bukan milikku

Lirik dan lagu oleh Yunalis Zarai. No copyright infringement intended.
Sebuah cerpen KaiKumiko.

---

Kadang kala, kita melihat masa lampau dengan perasaan yang berbaur di dalam. "Kalaulah..." bermain di fikiran. Tetapi harus diingat, yang berlalu takkan berulang.