Sunday, 12 December 2010

Something about: Because I love being random...



Curiosity kills the cat. But could it kills human, too? :)

I know I'm being random and off-topic right now. Haha. I just want to show off my skills taking picture of that cat. ;)

Anyway. I'm excited today. One of my cousins from my mother side is engaged, today. And around afternoon, today. the hot guy will be hereeeee~~~~ *excited* Ah~ I miss him. Babies grows fast. After this, I'll be away, and maybe, the next time I meet him, he could already talk! Oh, I'm sooooo excited~~~ *hyper* Well, it wasn't that I didn't want to meet him, but well, Perlis--->Johor isn't that close. Haha. It's like, the north-est and the south-est states in Malaysia. >.>; Haha. *sarcastic laugh*

Will be uploading picturessssss later. :) Of the hot guy, and well, the situation that occurs because of him.



Anyway~ take care, and have a great day, everyone~~~





~*~NaBiLaH~*~

(|}^.^{|)~♪♫ - Hilary Duff - So Yesterday

Saturday, 11 December 2010

Sesuatu tentang: sayang.

Bukan cinta. Tapi sayang. Haha. Hari ini, aku memutuskan untuk menjadi sedikit gila, menulis menggunakan bahasa ibundaku. Yang kerap digunakan ketika bertutur, tapi entah mengapa jarang digunakan apabila ku menulis tentang pendapat dan segala macam lagi. Satu misteri bagi ku mengapa kerap aku menulis menggunakan bahasa Inggeris. Ringan sahaja tangan ini menulis menggunakan bahasa kedua yang ku kuasai itu.

Sayang yang ingin ku tulis mula-mula kali ini membawa erti i
katan kekeluargaan. Sayang sesama ahli keluarga. Aku pernah mendengar, satu ketika dahulu, dari seorang ibu yang menceritakan tentang hubungannya bersama anak-anaknya. Beliau menceritakan bezanya sayang dan adil dalam layanannya kepada anak-anaknya. Yang paling penting dalam pembahagian kepada anak-anak ialah adil. Namun sayang, itu adalah sesuatu yang amat sukar untuk dibahagi sama rata kepada semua. Pasti ada yang dirasakan lebih, dan ada juga yang kurang. Pada mulanya, aku merasakan, itulah ketidak adilannya. Namun setelah kufikir beribu kali, aku semakin memahaminya. Ketika beliau mengutarakannya, aku masih muda. Masih mentah. Untuk memahami sesuatu yang terlalu mendalam maksudnya.

Sungguh. Sayang itu amat sukar untuk disamaratakan. Contoh terbaik, sayang kepada ibu dan bapa sendiri. Maaf jika ayatku ini kasar, namun bohong (kebanyakannya) bagi mereka yang mengatakan sayang mereka kepada kedua-dua ibu bapa mereka adalah sama rata. Benar, bukan? Aku sendiri, dalam hati kecil ini, menyayangi sebelah pihak lebih sedikit dari sebelah pihak. Bukan berat sebelah, namun perasaan sayang itu amat sukar untuk dibahagi sama rata. Contoh lain, adik-beradik. Aku adalah anak bongsu daripada tiga beradik, dan aku tak malu untuk mengatakan aku menyayangi seorang lebih dari yang lagi seorang. Sayang itu terlalu subjektif! Haha. :) Contoh lain (disebabkan aku ini nakal orangnya. Hehe~) adalah apabila seseorang lelaki itu mempunyai dua atau lebih isteri. Seadil mana pun beliau kepada isteri-isterinya, namun sayang itu, pasti tidak akan sama!

Bila dalam satu hubungan, adalah satu perkara yang taboo(1) bagi perkataan sayang itu dibincangkan. Aku amat tidak gemar bila sebelah pihak, atau kedua-duanya mengungkit dengan kata-kata seperti;

1. aku sayang kau lebih dari kau sayang aku.
2. kau sayang aku lebih dari aku sayang kau.
3. aku terlalu baik untuk/kepada kau
4. kau terlalu baik untuk/kepada aku

Sumpah. Aku terlalu menyampah apabila aku terdengar kata-kata sebegitu, atau yang membawa maksud sebegitu. Mengungkit perkara sebegini hanya akan mengeruhkan hubungan yang (kebiasaannya) memang telah sedia keruh. Aku penat bila kadang-kadang, sedang diri enak menjamu makanan di gerai, terdapat pergaduhan (kebiasaannya, pasangan kekasih. Standard lah tu~) yang mengganggu cuping telingaku. Aduh! Nak makan pon susah! Kadang-kadang, hingga hilang nafsu aku untuk makan. Penat. Letih. Menyampah. Meluat. Dan segala macam perasaan lagi terkumpul di dalam dada. Kalau bukan diikutkan akal, mahu sahaja aku menghamburkan ketidak puasan hati kepada mereka. Bergaduh di hadapan rezeki?! Tolonglah...

Aku pernah mendengar seseorang berkata;
jika kita menyayangi seseorang, kita kerap meletakkannya di tempat teratas dalam kalbu(2) kita. Namun, apabila sesuatu terjadi di antara kita dan dia, kita meletakkan dia di tempat terakhir di dalam kalbu kita, sama ada seseorang kita paling benci, atau seseorang yang bukan sesiapa kepada kita.
Aku tidak dapat menidakkan langsung kata-kata orang itu. Kesakitan yang dirasai kadang kala mengabui akal untuk berfikir dengan penuh ke-rasional-an(3). Namun aku bersyukur, hingga kini, tempat terakhir dan orang yang aku paling benci itu masih kosong. Bukan bermaksud aku tidak membenci sesiapa langsung, tapi aku cuba sedaya upaya untuk menghalang perasaan aku dari mengabui aku ketika membuat keputusan dan pertimbangan. :) Membenci orang amat memenatkan. Berikan masa, dan Insya-ALLAH, segalanya pasti akan pulih seperti biasa, jikalau tidak lebih baik.



Aku adalah seorang penyendiri, dan aku rasa aku patut kekal seperti itu. Pernah aku cuba berubah, menjadi lebih terbuka dalam berkawan, namun aku rasa, aku gagal. Aku tak tahu nak menjaga hati orang lain, aku seorang yang bercakap tanpa berfikir panjang, kadang kala terlalu jujur, hingga tidak menyedari kata-kata aku menyakiti orang lain. Aku terlalu berterus-terang, dan aku tak reti nak menyimpan perasaan aku. Aku melukai, dan aku juga dilukai. Perubahan aku itu akhirnya membawa lebih banyak padah dari kebaikan kepada aku. Bukan tak ingin berubah, tapi dah tak mampu nak berubah. Mungkin, jadi orang yang kelihatan bongkak lebih baik. Hanya orang tertentu yang dapat melihat siapa sebenarnya aku kalau begitu. Aku penat. Lelah. Cuba menjadi yang terbaik untuk orang lain hingga aku terlupa untuk menjadi yang terbaik untuk diri aku sendiri.



Maaf di atas penggunaan bahasa ku yang terlalu skema bagi sesetengah orang. Ini adalah aku. Yang amat berbeza ketika menulis dan bertutur. Seolah-olah mempunyai dua personaliti yang berbeza di dalam diriku. Di luar, aku adalah seorang yang amat kuat bergurau senda dan segala, namun aku berubah ketika menulis. Misteri? ;) Itulah aku.


Nota kaki (footnote):
(1) taboo: pantang. Namun menterjemahkan perkataan itu terus kedengan terlalu aneh pada pendengaranku. :/
(2) kalbu: hati bukan jantung. Heart=jantung. Liver=hati. Penggunaan meluas "hati" terlalu mengelirukan benakku kala ini.
(3) ke-rasional-an: terus terang, aku tidak merasakan perkataan ini wujud pun. XD



~*~NaBiLaH~*~
(|}^.^{|)~♪♫ - Kamenashi Kazuya - Hoshi no Hikaru Sora

Friday, 10 December 2010

Something about: when I say,...


...you don't want to mess up with me, YOU DON'T. I just created an album, entitled "Hall of Shame" for these type of guys.

Urgh, this urges me to do friends cleaning. Not today. Tomorrow, or maybe the day after. You know, this is one of the reasons of why I refuse to approve people in my facebook accounts. There's guys that was just so, unbelievable. *grumbles*



Anyway~ take care, and have a great day, everyone~~~



~*~NaBiLaH~*~
(|}^.^{|)~♪♫ Kamenashi Kazuya - Aishiteirukara.

Something about: candy.

A few days ago, when I have a date with Ellyana, she talks about "candy". And now, I'm all alone, at two something AM, thinking, remembering about it. Gah, I'm scared. :/

For those who didn't know, "candy" is the thing that wrapped in white fabric and jumping around here and there. Erk. Help? :/



Anyway~ take care, and have a great day, everyone~~~



~*~NaBiLaH~*~
(|}*~*{|)~♪♫ Beyonce - Irreplaceable

Thursday, 9 December 2010

Something about: tomorrow.

It's tomorrow.



What's up with tomorrow?



Tomorrow...



Tomorrow.........










Tomorrow is the time UiTM's Diploma Students will know their results! *gasps*



Let's us pray for the best, eh? :)



Anyway~ take care, and have a great day, everyone~~~



~*~NaBiLaH~*~
(|}*~*{|)~♪♫ Farra - Bagaikan Puteri.