Tuesday, 12 February 2013

Sesuatu tentang: Peluang kedua...

Peluang kedua takkan datang hanya sebab kau merayu. Merayu dan terus merayu, diterima dan dimaafkan atas segala kesilapan dan kesalahan masa lampau. 

Peluang kedua tidak datang sebegitu. Yang datang sebegitu hanya peluang pertama.

Untuk kau memperolehi peluang kedua adalah dengan kau tunjuk sendiri - sebanyak mana perubahan kau, setinggi mana penyesalan mana, sedalam mana keinginan kau - untuk diberikan peluang kedua. 

Supaya kau sedar -jika- peluang kedua itu datang dengan usaha.

Peluang kedua, yang kadang-kala aku rasa hanya untuk kau permainkan lagi hati ini. Jika itu niat kau, baik kau pergi - dan jangan kembali lagi.



(|].^_^.[|) ♪♫ Jayeslee Cover - Psy (Gangnam Style)
ps: Jayeslee's voices is addicting! :D

Friday, 1 February 2013

kadang-kadang...

perasaan rindu yang menyelubungi diri

akhirnya menyesakkan hati


Monday, 28 January 2013

sometimes, when I realized that people lied to me

on my face - directly

things turns out to be ugly



but sometimes, you can't help it.
you're heartbroken, afterall.

Sunday, 27 January 2013

I just did this. 


cuba kau bayangkan kau tengah tidur dengan lena 
tiba-tiba terbuka mata
melihat
teman sebilik kau turun dari katil
dengan gaya seperti Sadako keluar dari peti televisyen





ps; aku hanya berseorangan dalam bilik. 
makanya ia menjadi lawak lebih dari menakutkan

Sunday, 6 January 2013

oh. kalian tertanya-tanya kenapa aku tidak lagi duduk berbual mesra dengan mereka; mereka yang dahulunya rapat dengan diri ini.

kerana aku sudah berputus asa. dan tidak mampu membiarkan diri terluka lagi.

aku sedar, diriku juga tidaklah sebegitu sempurna. 
sedar juga akan kelemahan dan kekurangan.

tapi aku tak mampu nak sentiasa bertolak ansur dengan mereka; 
tidak mampu lagi untuk makan hati berulam jantung;
merelakan sahaja hati dilukai, ditoreh, dan berdarah lagi.

sedangkan luka lama itu masih belum sembuh.

kerana aku tak kuat, tak kukuh untuk menerima segalanya dengan hati terbuka.

maaf jika aku punyai khilaf kepada dirimu.
dan aku juga belajar memaafkan.
namun aku tak pasti mampukah hati ini terbuka lagi untuk menerima kehadiran kalian kembali.

maaf sekali lagi.