Sunday 6 January 2013

oh. kalian tertanya-tanya kenapa aku tidak lagi duduk berbual mesra dengan mereka; mereka yang dahulunya rapat dengan diri ini.

kerana aku sudah berputus asa. dan tidak mampu membiarkan diri terluka lagi.

aku sedar, diriku juga tidaklah sebegitu sempurna. 
sedar juga akan kelemahan dan kekurangan.

tapi aku tak mampu nak sentiasa bertolak ansur dengan mereka; 
tidak mampu lagi untuk makan hati berulam jantung;
merelakan sahaja hati dilukai, ditoreh, dan berdarah lagi.

sedangkan luka lama itu masih belum sembuh.

kerana aku tak kuat, tak kukuh untuk menerima segalanya dengan hati terbuka.

maaf jika aku punyai khilaf kepada dirimu.
dan aku juga belajar memaafkan.
namun aku tak pasti mampukah hati ini terbuka lagi untuk menerima kehadiran kalian kembali.

maaf sekali lagi.

No comments:

Post a Comment