Monday, 9 February 2009

Sesuatu tentang: negara

Ya, saya menulis menggunakan Bahasa Malaysia, disebabkan perkara ini adalah mengenai negara yang saya cintai ini, Malaysia.

Situasi politik di negara ini semakin teruk, kan? Saya akan terus menulis dari prospek saya sebagai seorang remaja, maka saya amat berharap agar penulisan saya pada kali ini tidak menyentuh atau menyakiti hati sesiapa.

Saya berasa amat hairan dengan kebanyakan rakyat Malaysia pada ketika ini. Mengenai isu kedaulatan Sultan dan Raja. Sensitiviti mereka amatlah peka mengenai perkara ini, dan membuatkan saya berfikir, perlakuan yang amat mengagung-agungkan Sultan mahupun Raja itu seolah-olah melebihi hormat dan cinta mereka kepada Allah SWT dan Baginda Rasulullah SAW.

Bagi saya, walaupun mereka adalah pemerintah, yang seharusnya dan sepatutnya dihormati, tapi mereka tetap adalah manusia yang sama sahaja seperti manusia yang lainnya. Mengapa terlalu mengagung-agungkan mereka? Jika mereka meninggal sekalipun, mereka tetaplah akan dikafankan dengan kain putih, bukannya menggunakan kain kuning warna diRaja itu, betulkan?

Maaf jika tulisan saya kelihatan agak kurang sopan, namun itu adalah pandangan saya. Saya bukanlah manusia sempurna, namun saya cuba menjadi sesempurna yang mungkin, walaupun itu adalah mustahil. Kerana sesungguhnya, yang sempurna hanyalah Allah SWT, dan saya hanyalah makhluk ciptaanNya yang lemah. Namun itu tidak menghalang saya untuk melihat "kegilaan" orang Malaysia, orang Melayu terutamanya yang kadangkala terlalu mengagung-agungkan Sultan mahupun Raja.

---

Adakah itu tidak megapa apabila seseorang itu membiarkan dirinya dibeli dengan wang ringgit dan pelbagai lagi?



Semoga semua sihat-sihat sahaja hendaknya.



~*~NaBiLaH~*~
(-_-)

No comments:

Post a Comment