Memandangkan esok mak dan abah akan bertolak pulang bersama-sama barang, termasuk juga laptop kesayangan aku ini, entri ini mungkin entri terakhir buat masa ini, hingga tamat peperiksaan akhir semester ini. Nak buat macam mana? Benar sungguh kata mak, internet dan laptop ini satu gangguan buat aku.
Beberapa hari yang lepas, sesuatu yang agak lawak telah terjadi. Kebetulan yang sangat lucu. Terlalu - amat - sangat. Mungkin ada sebab kenapa semua itu terjadi. Entahlah. Satu perkara yang membuat aku tertawa sendiri mengingatkannya adalah betapa aku ini terlalu dense, hanya menyedari perkara sebenar setelah diberitahu temanku. Aku hanya mampu berkata, biarlah. Benda yang telah lepas, biarkan saja ia berlalu. Tak usah diungkit-ungkit. Tak usah dipikir-pikir. Benar katanya Cik Teman, asalkan aku bahagia dengan cara aku, tak siapa punya hak untuk melukakan aku.
Encik abjad terakhir, saya dengar daripada mama mengenai perkara itu. Mama bimbang. Benar atau tidak, saya tak tahu. Please, do give her a call and console her feelings, will you? Saya sedar, betapa semua telah berubah. Perasaan itu telah pergi, atau mungkin tak pernah hadir. Mungkin itu khilaf kita, kerana terlalu naif dan percaya bahawa semuanya akan berjalan lancar. Awak, langit tak selamanya cerah. Sedang setiap hari langit itu melalui pelbagai fasa, begitu juga dengan kita. Apa yang masih ada antara kita, harapnya berkekalanlah untuk selama yang mungkin. Jika tidak untuk kita sahaja, mungkin untuk teman-teman lain yang masih bimbangkan kita. Apa yang sedang terjadi antara kita juga adalah satu fasa dalam hidup, bukan?
Terbaca kisah hidup seseorang. Sedih. Satu perkataan yang mampu aku rumuskan untuk semuanya. Kita mungkin terlalu berharap suatu hari nanti, kita akan ketemu seseorang yang cukup sempurna untuk melengkapi hidup kita. Harapan yang besar. Dan mampu mengubah pola hidup kita buat selamanya. Aku hanya berharap agar dia akan melalui semuanya dengan tabah. Manusia itu kuat.
Teringat frasa dari teman lama "hati itu lembut, Nabilah. Jangan keraskannya." Aku tak berniat untuk mengeraskan hati aku, aku cuma berharap agar hati aku ini menjadi lebih kuat. Kalis luka. Mustahil? Benar. Tapi aku mahu menjadi seseorang yang lebih tabah. Mungkin cara aku itu salah, tapi itulah satu-satunya cara untuk menghindarka diri, hati dari terluka lagi. Serik.
Tak tahu ingin berkongsi kepada siapa. Encik abjad kesebelas masih berlegar-legar dalam kepala. Bukan di hati, syukurlah. Bimbang. Semoga kau bahagialah hendaknya.
Encik abjad pertama, saya rindu awak. :'( Menyedari mungkin selepas ini, masa untuk kita ketemu semakin tipis membuatkan saya gusar. Ah perasaan, pergilah kau dari hidupku. Jangan kau ragut ketenangan yang masih ada dalam diriku. Jangan!
Aku seorang yang penakut. Memakai topeng ke sana sini. Hanya yang tertentu dapat merungkaikan siapa aku yang sebenarnya. Mungkin kau rasa kau kenal aku. Mungkin ya. Mungkin tidak. Hanya masa yang dapat membuktikannya.
Mengidam. Nak air kelapa muda. Badan aku dalam kondisi yang kurang selesa. Sejak minggu lepas, jika tak silap aku. Mengidam itu ini. mengharap itu ini. Sudah tak lamakah?
Melepas rindu kepada mak abah. Akhir-akhir ini, aku lebih tenang. Syukur alhamdulillah. Sesetengah perkara juga telah dipermudahkan. Syukur. Mungkin, inilah caranya aku dipertontonkan dengan kebenaran. Pintu itu terbuka, seluas-luasnya, setelah belasan pintu lain tertutup di hadapan mukaku beberapa ketika dahulu.
Aku ni, kompleks kah orangnya? :/ Aku masih rasa aku seorang yang ringkas. Atau, mungkin terlalu ringkasnya aku ini telah membuatkan aku menjadi kompleks? Oh, keliru aku dibuatnya.
Aku tak baik. Pernah suatu ketika, aku bergembira atau kerunsingan dan keresahan orang lain. Mungkin terlalu banyak perasaan yang terbuku, akhirnya aku menjadi begitu. Semoga ianya tak berulang lagi. Perasaan itu, nyah kau dari hidupku!
Sebelum aku menutup kata, aku nak minta maaf kalaulah selama ini aku ada sakitkan hati siapa-siapa. Tulus, aku tak mampu nak mengawal semua dalam dunia ini. Aku masih manusia. JANGAN LUPAKAN ITU. Aku kau, sama sahaja. Kita manusia.
(|]=^,^=[|)♪♫~~ Chicago - Hard to Say I'm Sorry
ps: kau dengan aku, jangan ego sangatlah, ye?
ps: kau dengan aku, jangan ego sangatlah, ye?
No comments:
Post a Comment