30 APRIL 2011.
Dari pagi mengemas. Kemas itu ini. Eksaited terlebih nak balik rumah.Telefon kawan, tanye dapat tak tumpang sikit barang dekat rumah sewa beliau. Beliau kata tak dapat. Rumah sewa terlalu penuh dengan barangan jutaan manusia lain (okay, nampak benor menipunye. Haha. XD). Panik. Telefon Cik Donutt, nak tumpang sikit barang, boleh tak? Cik Donutt kata boleh. Sambung kemas. Alhamdulillah.
Ada plan di sini, tapi tak jadi. Takpelah. Mungkin ada hikmah semua tu. Sabar Nabilah, sabaaarrrr. :)
Dah siap kemas. Tapi hati masih tak tenang. Dah siap semua barang, rasa baik masuk stor. Sumbat segala macam benda dekat stor. Jadi, petang tu semua barang hantar ke stor. Satu beg, satu kotak, satu baldi, semua masuk stor. Lega. Tinggal dua biji bantal. Nak letak stor pon, takde beg yang muat nak letak lagi.
Kawan tanya kawan lain, boleh tak tumpang bantal. Kawan punya kawan kata boleh, dia ambil petang tu jugak. Jam enam lebih, tercongok dekat tangga dengan peluk dua biji bantal. Bagi bantal dekat kawan punya kawan yang menunggang motosikal sahaja. Alhamdulillah, semuaaaaa selesai. Tidur tanpa bantal pun tak mengapa, asalkan semua urusan selesai.
Jam lapan lebih, menemani roommate, Cik Anis menunggu teksi di mushroom. Hati sebak sikit. Rindu. Maklumlah, tiga minggu lebih tak jumpa nanti. Teksi sampai. Peluk cium, doakan yang baik-baik sahaja. Cik Anis pon berlalu, meninggalkan bumi Arau.
Balik bilik. Makan. Itupon hampir takde rasa. Sebab selsema, hidung tersumbat, dan selera pond ah nak mati. Makan pon sebab takut sakit lagi teruk. Lepas tu, menyebuk dekat bilik Cik Ili Nadia. Borak borak. Paanjaaaanggg. Sambil jeling-jeling aje modul MKT243. Kepala berat sangat. Cik Ili Nadia bagi ubat selsema. Disuruh tidur. Hajat mulanya nak balik bilik, terbantut. Dah lewat sangat. Dua lebih kalau tak silap. Jadinya tidur sahaja di katil Cil Ili Nadia tu, sambil dia menyiapkan kerja yang tak selesai lagi. Ubat selsema kuat. Mulanya tak boleh tidur, lepas tu tak boleh nak bangkit langsung pulak. Haha. -,-
1 MEI 2011.
Bangun pun, dah tak berapa pagi. Tengok-tengok ibu dan kakak Cik Ili Nadia dah sampai, nak ambil beliau pulang. Hati menjadi semakin eksaited nak balik.
Pulang ke bilik, roommate yang lagi seorang pon sudah pulang. Tak sempat nak jumpa. Maaf, sebab tak sempat nak ucap selamat pulang kepada kamu.
Terus bersiap segala. Pulangkan kunci di pejabat kolej. Bersiap untuk ke dewan terus.
Terima kasih kepada Cik Donutt yang menumpangkan saya ke Dewan Sri Semarak menggunakan motornya. Nak berjalan? Dahlah kurang sihat. Melepak di sekitar dewan, sebelum masuk. Keluar awal dari dewan. Entah kenapa, terlalu sesak selepas habis menjawab kertas itu.
Mendapat idea gila selepas itu. Aku dan Cik Donutt ke Huski untuk makan. Sambil bertanyakan Kak Pedy, bolehkah dia menumpangkan aku ke stesen keretapi Arau, kerana aku tidak mahu menaiki teksi keseorangan. Antara saat-saat akhir bersama Cik Donutt, membuatkan aku sedikit sebak. Walhal, cuti hanya tiga minggu lebih.
Balik ke bilik dengan perasaan yang sangat eksaited, nak balik rumah. Mengangkat beg-beg ke bawah, menunggu Kak Pedy mengambil aku dengan kereta kancilnya. Mengikut rancangan, aku dan Encik Safwan yang akan menumpang Kak Pedy ke stesen keretapi petang itu. Lama sedikit menunggu, aku menelefon Kak Pedy. Kak Pedy berkata Encik Safwan masih mengangkut barangan ke dalam kereta.
Tak lama kemudian, Kak Pedy sampai. Tiba-tiba ketemu pula dengan seorang yang tak dijangka, mantan MPP semester lepas Abang Firdaus@Epi. Sini facebook beliau, sini blog beliau. Berempat di dalam kereta kancil, kami menuju ke stesen keretapi Arau. Sepanjang perjalanan, Encik Safwan diusik kami. Maaf Sano!
Sampai di stesen jam enam lebih. Masih awal. Bergurau senda dan menangkap gambar sesama kami, sebelum Kak Pedy dan Abang Epi meninggalkan kami. (TERIMA KASIH KAK PEDY! :D) Di antara yang awal sampai ke stesen, kami menunggu kawan-kawan yang lain datang. Bilangan yang ramai antara kami, hingga aku tak pasti berapa ramai pelajar DBS yang menaiki keretapi hari itu. Yang pastinya, Encik Hazmi ada juga. Pertama kali menaiki keretapi bagi dia.
Menunggu bukan kegemaranku. Tapi nasib kami, keretapi lambat sampai. Waktu tercatat di tiket ialah 19:06, namun hanya hampir jam lapan malam barulah keretapi kami sampai. Menaiki keretapi dengan perasaan yang sangat lega. Hati semakin girang. Selangor, nantikan kehadiranku!
Perjalanan keretapi selama lebih kurang sepuluh jam. Pelbagai perkara yang terjadi, dan perbagai perkara dibualkan kami. Satu perjalanan yang penuh memori. Syukur, perkara yang terjadi semester lepas tidak terjadi lagi. Semester lepas, ketika cuti pertengahan semester yang juga jatuh pada cuti hari raya puasa, aku dan beberapa rakan pulang dengan keretapi dan satu perkara telah terjadi yang cukup untuk membuatkan aku berasa trauma. Biarlah ia menjadi memori yang terpendam dalam lipatan fikiran. Terima kasihlaahhh Encik Bazli sebab ingatkan diri ini kepada trauma itu! -,-"
Jam lima lebih pagi, kami sampai di KL Sentral. Syukur yang tak terhingga menjejak kaki di bumi Selangor. Rinduku terubat, sedikit demi sedikit. Sebahagian kami mengambil keputusan untuk bersarapan di McDonalds manakala sebahagian lagi meneruskan perjalanan pulang. Ada yang dijemput, ada yang menaiki bas, dan ada yang menaiki komuter.
Selesai makan, aku dan seorang lagi temanku meneruskan perjalanan menggunakan komuter. Temanku turun di stesen Klang manakala aku turun di stesen Telok Pulai. Tepat aku sampai, kakakku juga sampai untuk menjemput aku kembali ke rumahnya.
Hampir jam lapan pagi waktu aku sampai ke rumah kakak dan abang iparku. Bersarapan lagi, roti canai kegemaranku bersama milo. Nikmatnya makan di rumah, tidak terkata! Kemudian, aku berehat dan tidur sebentar sehingga jam hampir satu tengahari. Sewaktu menikmati makan tengahari bersama kakak, abah sampai untuk menjemput aku kembali ke rumah.
Jam dua lebih, RUMAH MANIS RUMAH!!! :)
-----
Buat masa ini, rancangan aku hanyalah ingin keluar bersama-sama teman-teman yang sudah lama tidak berjumpa. Cik Nada, Cik Maisarah, Cik Ellyana, dan Cik Farhanah jika punya kesempatan. Rindu. Ada juga yang hampir setahun tidak berjumpa disebabkan cuti semester yang berbeza-beza. Semoga cuti ini sempatlah aku untuk berkumpul dengan mereka. InsyaAllah.
Aku terkejut menyedari sesuatu. Mungkin, inilah tandanya bahawa aku memang telah salah menilai orang sedari awal lagi. Namun, aku masih bersyukur. Terlalu banyak benda yang akan aku tempuhi kelak, dan apa yang telah terjadi ini hanyalah satu proses. Proses untuk mematangkan dan mendewasakan aku. Proses untuk aku menjadi lebih kental menghadapi hari mendatang. Ingin aku simpan semua dalam kotak memori, namun entah kenapa sedikit demi sedikit ingatan itu terhakis. Mungkin, luka itu terlalu dalam hingga memori itu terpadam dengan sendirinya, agar aku tidak terluka lagi. Terima kasih untuk semuanya, kawan. Aku hanya mampu berharap yang semuanya akan menjadi lebih baik untuk kamu. Hanya itu.
Dan mengenai apa yang aku rasakan ketika ini, aku mengambil keputusan untuk biarkan sahaja ia berlalu. Aku masih muda, dan banyak agi perkara yang lebih penting berbanding dia. Kenyataan yang pedih, namun benar. Maafkan aku, kamu.
(|]=^,^=[|)♪♫~~ Kamenashi Kazuya & Taguchi Junnosuke - Special Happiness.
No comments:
Post a Comment