Rabu (27 Mac 2013).
Tudung dipakai, hati bergetar. Peperiksaan akhir semester ini akan dimulakan dengan kertas pertama sebentar lagi.
Tiba-tiba pintu bilik diketuk. Nita menjenguk ke dalam. Aku tahu dia mencari Aisyah, maka aku hanya senyum kerana Aisyah sedang solat ketika itu.
"Nabilah. Afiq, dia dah takde." Nita berkata, perlahan, namun jelas di gegendang telinga.
"Nabilah. Afiq, dia dah takde." Nita berkata, perlahan, namun jelas di gegendang telinga.
Semangat aku terus terbang, entah ke mana.
"Siapa sampaikan?" Bibir terasa terketar-ketar, namun dikuatkan untuk bertanya. 'Ah, mungkin hanya khabar angin,' hati berbisik dan mengharap.
"Siapa sampaikan?" Bibir terasa terketar-ketar, namun dikuatkan untuk bertanya. 'Ah, mungkin hanya khabar angin,' hati berbisik dan mengharap.
"Wani. Baru baca dekat twitter tadi." Nita membalas.
Kaki dihayun ke bilik Wani, ingin bertanya. Namun sedikit hampa kerana Wani sedang solat. Kembali ke bilik, aku menegur Aisyah.
"Dengar Nita cakap tadi?"
Aisyah hanya mengangguk. Aku cuba senyum sambil berjalan ke meja study, ingin mengemas apa yang patut untuk ke dewan peperiksaan. Saat itu, air mata menitis tanpa dapat ditahan. Aku menangis teresak-esak. Ingatan dibawa ke semester dua, semasa kami masing-masing di bawah teater IMBAS. Kenangan demi kenangan menerpa ingatan.
Nina datang, memujuk. "Sabarlah Nabilah," diulang-ulang ke telinga aku.

---
Aku tahu petang yang sama, jenazah disolatkan di Pusat Islam UiTM, tapi aku tak mampu untuk datang melihatnya buat kali yang terakhir. Tak kuat. Gusar jika aku pergi, aku hanya memburukkan keadaan.
Aku juga tidak ikut untuk ke Kodiang walau diberitahu bas disediakan. Aku tak kuat.
Aku ralat kerana hanya sempat menjenguk sekali sepanjang dia di hospital.
Aku tahu, aku tak seharusnya rasa begitu. Tapi aku benar-benar tak punya kekuatan.
Dan kini...
Kenangan lalu terus memenuhi ingatan.
Allahyarham Afiq Naqiuddin Bin Noordin.
Pemergian mu diiringi doa.
Al-fatihah.
notakaki: entri ini ditulis hanya sebagai ingatan kepada seorang rakan.
No comments:
Post a Comment