Monday 18 April 2011

Sesuatu tentang: Krew Produksi, IMBAS

Entri ini akan diedit lagi setelah aku mendapat lebih banyak gambar. ;)

Hanya ingin berkongsi sedikit cerita mengenai kami semua. Walaupun penilaian akhir telahpun selesai, seingat aku, aku tidak pernah menulis banyak mengenai kami. Maaf kerana entri ini menggunakan bahasa yang agak bercampur-baur di sini sana.

Aku. Kelegaan setelah selesai pementasan IMBAS. :3



Carta organisasi IMBAS. Berikut, senarai krew produksi bahagian kreatif dan pengurusan.

Pengarah
Afiq Naqiuddin Bin Noordin 
Pengurus Pentas
Siti Humaira Binti Maruzuki 
Publisiti
Nabilah Binti Mohamad Arifin
Mohamad Ikmal Hakim Bin Mohamad Jamil 
Set dan Prop
Azfar Hasifi Bin Ahmad Fikri
Nur Farhatul Syafieqa Binti Rohaizat 
Penata cahaya dan bunyi
Hanis Binti Ahmad
Mohamad Ikmal Hakim Bin Mohamad Jamil 
Kostum
Haslyza Binti Mohd Hashim
Munirah Binti Maulud 
Tatarias
Nor Hikmah Binti Zainal 
Keselamatan
Muhammad Firdaus Bin Johan 
Protokol dan Sambutan
Nor Hikmah Binti Zainal
Nur Hanina Binti Hamid



Manakala barisan pelakon pula seperti berikut:

Muhammad Syahir Bin Sahrom sebagai Abdullah I 
Muhammad Firdaus Bin Johan sebagai Mamak Kumbang 
Munirah Binti Maulud sebagai Leman 
Haslyza Binti Mohd Hashim sebagai Raffles I 
Nur Ariffah Binti Abd Rahman sebagai Majistret 
Azfar Hasifi Bin Ahmad Fikri sebagai Abdullah II 
Nor Hikmah Binti Zainal sebagai Julee 
Nabilah Binti Mohamad Arifin sebagai Timah 
Afiq Naqiuddin Bin Noordin sebagai Jidun 
Nur Farhatul Syafiqa Binti Rohaizat sebagai Cang 
Muhammad Yusoff Imran Bin Azman sebagai Raffles II



Semuanya sekali adalah seramai 15 orang. 15 orang yang berlainan kursus, latar belakang, tempat asal, dan banyak lagi perbezaan, digabungkan di dalam satu produksi dan telah berjaya mementaskan satu teater, IMBAS. :) Ingin aku bercerita satu persatu mengenai mereka semua.

Aku bersama nametag IMBAS. ;)

Aku, Nabilah Binti Mohamad Arifin. Nama panjang Nabilah, nama pendek juga Nabilah. Bertanggungjawab hal perihal publisiti, selain memegang watak sebagai Timah. Aku adalah aku, seperti yang boleh dibaca dalam blog ini.

Pertama, Cik Hanis Binti Ahmad, mesra dipanggil Anis. Dia adalah penata cahaya bagi teater IMBAS, dan bagi aku, dia sangat berbakat. Dia ada 'sense' yang tersendiri dengan lampu. Dia, teman sebilik yang sangat memahami aku. Sentiasa bersedia mendengar masalah aku, dan sentiasa memberi kata-kata semangat kepada aku. Sentiasa memenangkan aku dikala aku gelisah. Walau kami baru bersama sejak semester ini, dia sentiasa cuba menjaga aku. Namun, aku sering dijadikan bahan, terutama atas kekalutan aku. Anis, saya sayang awak sangat-sangat, dan saya nak awak tahu itu. Terima kasih sebab sentiasa bersama dengan saya, di waktu susah mahupun senang.

Anis. Aku. :3

Kedua, Cik Nur Farhatul Syafiqa Binti Rohaizat. Menjadi salah seorang yang bertanggungjawab dalam set dan props, selain memegang watak sebagai Encik Cang di dalam IMBAS, seorang lelaki Cina yang cuba membeli tanah milik Timah. Aku memanggil dia Biskut dan dia memanggil aku Makcik. Panjang ceritanya bagaimana kami mendapat gelaran masing-masing. Rakan sekelas aku sejak semester lepas, dan InsyaAllah akan kekal sebagai rakan sekelas aku juga semester hadapan. Seorang yang selalu ceria, dan seorang yang kurang pandai untuk menuturkan perkataan "tolong", yang akhirnya selalu melukakan hati sendiri. Juga, seorang yang agak kebudak-budakan. Aku cuma berharap dia akan dapat belajar dengan cepat untuk menjaga diri sendiri. Biskut, tak semua orang mampu menjaga kau sampai bila-bila.

Aku. Biskut. :)

Ketiga, Azfar Hasifi Bin Ahmad Fikri dan Mohamad Ikmal Hakim Bin Mohamad Jamil. Aku meletakkan mereka sebagai satu. Pergi ke mana-mana selalu berdua. Bukan itu sahaja, baju yang dipakai juga biasanya hampir sewarna dan senada. Azfar, dia adalah seorang yang memegang watak sebagai Abdullah II selain bertanggungjawab dalam set dan props. Dia juga bagi aku, seperti seorang abang. Seorang yang biasanya matang dan tenang dalam membuat keputusan. Dan kadang-kala agak 'blurr'. Azfar, saya akan tuntut janji awak nak belanja saya sebab saya dah tolong awak! ;) Haha. Hakim pula banyak membantu aku dalam hal publisiti dan dia juga bertanggungjawab sebagai penata bunyi teater IMBAS. Seorang yang agak alim di antara kami semua. Selalu diusik aku sejak awal, kerana kulitnya cerah. Bila diusik, memerah muka hingga ke telinga. Hakim, terima kasih sebab banyak tolong Nabilah, walau selalu kena gesa untuk cepat-cepat siapkan kerja. Terima kasih, Hakim!

Keempat, Nur Ariffah Binti Abd Rahman dan Siti Humaira Binti Maruzuki. Mereka juga selalu berdua. Rakan sekelas. Ariffah @ Ari, biliknya hampir dengan bilikku. Dia seorang yang agak bising. Suaranya saja boleh menggegarkan beberapa bilik. Seorang yang baik dan biasanya, sangat berterus-terang. Di dalam teater IMBAS, dia memegang watak sebagai Majistret. Ari, kau terbaeklah! :) Humaira @ Maira pula adalah pengurus pentas untuk teater IMBAS. Seorang yang biasanya berlembut dan berdiplomasi dalam melaksanakan tugas. Rasanya, belum pernah lagi aku melihatnya marah. Seorang yang tak berkira sangat dalam hal tugasan. Asalkan semuanya lancar, dia okay saja! Tahniah Maira, sebab berjaya menjadi pengurus pentas yang terbaek!

Kelima, beregu juga mereka ini. Nor Hikmah Binti Zainal dan Nur Hanina Binti Hamid. Hani dan Nina. Selalu juga ke sana sini berdua. Hikmah @ Hani memegang watak sebagai Julee selain bertanggungjawab dalam tatarias dan juga protokol. Terima kasih Hani sebab cuba yang terbaek untuk mekapkan kami semua. Hanina @ Nina pula bertanggungjawab dalam urusan protokol. Tahniah sebab Berjaya menguruskan semua walau hari itu agak kelam-kabut, Nina.

Fido. Baby. Hani,

Keenam, Muhammad Syahir Bin Sahrom dan Muhammad Firdaus Bin Johan. Syahir @ Baby dan Firdaus @ Fido. Juga beregu. Sentiasa berdua, dan bersama motosikal masing-masing. Mereka NR (non-resident) UiTM Perlis. Kedua-dua dari 'course' Kimia Industri. Baby, memegang watak sebagai Abdullah I. Yang aku dapat lihat adalah minat dia yang agak mendalam dalam bidang teater. Dan bagi aku juga, dia berbakat, cuma mungkin kurang usaha. Atau juga mungkin kurang peluang untuk menonjolkan diri. Good luck in your future, Baby! Agak pelik juga pada mulanya memanggil dia begitu tapi mungkin sebab dah terbiasa lama-lama, perasaan pelik itu sudah tiada lagi. Fido pula memegang watak sebagai Mamak Kumbang. Watak yang bagi aku, antarayang paling menyerlah dalam teater IMBAS ini. Seorang yang tak banyak cakap pada mulanya, elainkan bersama mereka yang sudah dia kenali dari awal. Jenis yang "Okayyyy" je. Haha. Baik orangnya. Bila-bila, Nabilah belanja Fido pula ya. :)

Ketujuh, tiga orang yang berasal dari negeri yang berbeza, namun 'course' yang sama. Malahan mereka sekelas. Muhammad Yusoff Imran Bin Azman, Haslyza Binti Mohd Hashim, dan Munirah Binti Maulud. Yusoff @ Ucop memegang watak sebagai Raffles II. Kurus dan sangat tinggi orangnya. Jujur, aku tak suka berdiri sebelah dia. Terasa kerdil diri jadinya. Mula-mula ingatkan orangnya pendiam, sekali dah kenal, semua benda dijadikan bahan dia ni. Seorang yang menarik. Yang paling aku suka, adalah dialek Kelantan Ucop. Jarang didengar, namun aku tetap sukakannya. Lepas itu, ada pula Haslyza @ Has yang memegang watak sebagai Raffles I dan juga bertanggungjawab hal perihal kostum. Pandangan pertama kepada Has, "woah, 'cool' nya dia ni!" dan sampai sekarang, aku masih rasa Has seorang yang sangat 'cool'. Bagi aku, dia seorang yang selalu berfikiran positif. Seorang yang sangat memahami, juga. Sentiasa mempermudahkan benda yang bagi aku nampak sangat rumit. Selepas itu, Munirah @ Mun yang bertanggungjawab hal perihal kostum bersama Has, dan memegang watak sebagai Leman. Aku ingat lagi, pada asalnya, Mun ialah orang yang memegang watak sebagai Jidun, tapi pada pertengahan jalan, watak itu diambil oleh orang lain. Mun, seorang yang sangat lemah lembut, namun perwatakan Jidun adalah seorang suami yang pemarah, dan Mun menghadapi sedikit kesukaran untuk memarahi Timah, yang dibawa oleh aku. Mun, seorang wanita yang sangat-lemah lembut pada pandanganku.

Yang terakhir, adalah pengarah teater IMBAS, Afiq Naqiuddin Bin Noordin. (sebutan: na-cute-din). LOL.  XD Pengarah juga pelakon, memegang watak sebagai Jidun, suami Timah. Asalnya memegang watak sebagai Leman. Kalau aku perlu merumuskan dia dalam satu perkataan, yang muncul dalam benakku ialah 自由 [jiyuu/bebas]. Jiwanya bebas, dan seorang yang sangat ringkas. Berterus-terang, hingga kadang-kala disalah sangka sebagai kebencian. 'Sometimes, good little things stays in people’s mind longer than you might think,' ingin aku katakan padanya. Apapun, tahniah kerana lakonanmu berjaya memikat hati Puan Nor Izwani dan berjaya menjadi Pelakon Pembantu Lelaki terbaik untuk hari pertama.

Timah + Jidun. -,-"


Berikut adalah set kami dari pandangan hadapan dan sisi.

Pandangan hadapan.

Pandangan sisi.

Untuk aku menggambarkan kesemua mereka dalam satu perkataan, mereka adalah 大切 [taisetsu/berharga] bagiku. :)
Sebahagian krew IMBAS. Dalam gambar: Afiq, Ucop, Has, Baby, Hakim.

...

Kami dan Puan Nor Izwani.
Klik untuk besaarrrkan. :)

Dan tidak lupa juga kepada Puan Nor Izwani. Saya masih ingat, pada pertama kali menjejakkan kaki di kelas ko-drama I, di mana kebanyakan kami hadir lambat kerana hanya menyemak jadual di ICReSS dan tidak membuat semakan kedua di HEP. Hanya segelintir sahaja yang hadir mengikut masa yang ditetapkan. Pandangan pertama mengenai Puan ketika itu, ialah Puan merupakan seorang guru yang sangat tegas, dan tetap pada pendirian. Seiring masa berjalan, dengan itu juga pandangan saya terhadap Puan mulai berubah, sedikit demi sedikit. Sifat keibuan Puan semakin lama semakin terserlah. Senyuman Puan juga semakin kerap dilihat berbanding pada masa awal, di masa pembelajaran di dalam kelas. Keprihatinan Puan juga semakin dirasakan, kerana sering membari nasihat dan tunjuk ajar kepada kami dalam merealisasikan tugasan kami ini. Semakin lama, Puan semakin dekat di hati kami. Lebih mesra dalam melayan seribu satu kerenah kami. Namun sifat tegas itu masih ada, masih dapat dilihat, dan masih dapat dirasakan. Terima kasih atas segala tunjuk ajar, Puan. Hanya Allah yang dapat membalas segalanya.

Maaf, entri ini terlalu panjang.





(|]=^,^=[|)♪♫~~ The Ting Tings - Great DJ

2 comments:

  1. Terharu la bile bace :( Miss u guys !

    ReplyDelete
  2. hahahaa. kan? betapa banyak yang kita dah buat sama2. rindu jugak dekat semua.

    ReplyDelete