Saturday 16 April 2011

Sesuatu tentang: luahan.

Adakalanya, tak semua yang kita rancang akan menjadi seperti aturan.
Adakalanya, tak semua harapan kita akan menjadi kenyataan.
Adakalanya, kita dilukai tanpa sebarang punca.
Adakalanya, kita disayangi tanpa sebarang syarat dikenakan.

Adakalanya, kita mengeluh, kepenatan.
Adakalanya, kita tertawa, riang dan gembira.

Adakalanya, kita tidak sedar sayangnya seseorang kepada kita.
Adakalanya juga, kita tidak sedar betapa kita menyayangi orang lain.

Adakalanya, semuanya telah terlambat. Tiada jalan lagi untuk berpatah balik. Ketika ini, berkali-kalilah perkataan “kalaulah” itu muncul dalam benak fikiran. "Kalaulah aku berbuat sebegini," atau "kalaulah aku berbuat sebegitu."

Kalaulah kita menyatakan betapa sayangnya kita kepada dia, mungkin kita tidak akan merasa sebegini terkilan setelah menyedari tiada lagi peluang untuk kita berjumpa lagi.

Kalaulah aku pernah menyatakan betapa kehadirannya satu ketika dahulu merupakan antara saat-saat paling indah yang pernah aku rasakan, mungkin aku takkan menitiskan air mata lagi kerana dia, kerana perihal dia yang dituturkan rakan-rakan kami. Kerana dia pernah mencuba sedaya upayanya agar aku senyum dan tertawa. Agar aku tidak lagi merasa bimbang akan dirinya. Ketika ini jugalah pernah dia katakan sekuntum senyuman dari aku sudah cukup untuk menceriakan harinya.

Kalaulah…

Kalaulah…

Aku juga begitu. Ada perkara yang pernah terjadi, dan aku menyesali terjadinya sedemikian. Namun, perkara yang telah terjadi itu telah pun terjadi. Memutarkan masa untuk menukar segalanya adalah satu perkara yang mustahil. Untuk apa bersedih? Hidup perlu diteruskan! Berbagai lagi perkara yang akan mendatang dalam hidup kita. Suka duka, senyum tawa, pengalaman, dan seribu satu macam lagi perkara akan menemui kita kelak.

Hidup ini indah. Perspektif kita yang kadang-kala harus diubah. Agar kita dapat melihat dunia dengan cara yang berbeza, dan menghargai semua yang dikecapi kita ketika ini.

Terus-terang juga, aku rindu untuk menulis. Berkarya melalui penulisan. Namun entah kenapa, ia seakan-akan sangat sukar untuk aku lakukan. Bagai sudah kering idea di dalam benak ini untuk menulis lagi. Aku rindu ketika itu, di mana ilham akan datang pada bila-bila masa, dan aku akan mencapai buku dan pensel dan terus menulis. Aku rindukannya. Sangat-sangat rindukannya.



Perangai orang yang sangat plastik,
aku tengok dia pun dah macam kanak-kanak spastik.

Aku sedar ayat yang aku gunakan itu amatlah kurang wajar, namun sabar aku punya had, dan had itu sangat terhad. Perlukah kau berpura-pura di hadapan aku? Atau cuba sedaya-upaya untuk melukakan hati kecilku? Atau menipu di depan mataku? Penipuan kau takkan bertahan selamanya. Ada sahaja suara-suara kecil di sekeliling kau yang akan menyebarkan kebenaran. Aku fikirkan, ah, terpulanglah pada kau. Tipu kau tu yang kau nak sangat bawa ke sana sini, suka hati kaulah manusia! Faktanya, aku tak suka ditipu, namun kau yang hendak menipu, jadi terserah saja sama kau. Jajalah penipuan kau itu, jika kau bahagia hidup bersama dengan penipuan kau itu.



Hati kecil ini merindui seseorang. Tak sangka aku rindu, sedang kita baru ketemu. Namun hati, siapa yang mampu menduganya, bukan? ;)



(|]=^,^=[|)♪♫~~ Zizan feat Dina - Selamat Tinggal



No comments:

Post a Comment