Saturday 16 April 2011

Sesuatu tentang: TEATER.

Salah satu hasil tangan aku. :)

Petang tadi, tamatlah sudah perjalanan aku bersama krew IMBAS. Walau berbagai dugaan tak terduga yang datang menimpa kami di saat-saat akhir, syukur semuanya berjalan dengan lancar.

Bersama dengan mereka, mengukir pelbagai pengalaman, suka duka, pengembaraan, dan pelbagai lagi yang telah kami lakukan bersama, aku benar-benar gembira. Terharu juga. Kerana aku sedar, semua ini takkan aku rasai di tempat lain, dan bersama orang yang lain dari mereka semua.

Bersama dengan mereka juga sedikit sebanyak membuat aku lebih matang, dan lebih berani dalam hidup. Beberapa perkara yang dilakukan bersama mereka yang tidak pernah terlintas di benak akan aku lakukan suatu hari nanti, membuatkan aku berasa aku telah melakukan perubahan. Untuk diri aku dan bukan untuk orang lain.

Terlalu banyak yang telah kami lakukan bersama, cuba mencari masa untuk membuat latihan, menyelesaikan masalah props, kostum, dan set, dan sebagainya di sebalik jadual yang ketat dan saling bercanggah, sesungguhnya, setiap saat yang aku lalui bersama mereka semua amat bermakna untuk aku.

Ada yang pernah bermasam muka dan bertikam lidah, berbalah pendapat, dan berbagai lagi, namun aku yakin, setiap seorang dari kami amat menghargai satu sama lain. Sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula 15 individu yang datang dari pelbagai latar belakang digabungkan bersama untuk mempersembahkan satu teater, aku juga yakin setiap seorang dari kami telah memberikan yang terbaik. Baik dari segi masa, tenaga, mahupun kewangan.

Berbangga atas kejayaan kami ini, kerana setiap individu telah memberikan yang terbaik, untuk memastikan semuanya berjalan dengan lancar. Apatah lagi kami bukanlah anak seni yang tegar memperjuangkan seni.

Satu kenangan yang terindah buat aku apabila aku diangkat sebagai pelakon wanita terbaik untuk hari ini, selain pengarah yang juga berlakon sebagai suami aku diangkat sebagai pelakon pembantu lelaki terbaik, dan kami juga mendapat pengurusan pentas terbaik.

Tahniah, IMBAS! Kitalah yang terbaik! :)



(|]=^,^=[|)♪♫~~ Zizan feat Dina - Selamat Tinggal
ps: ada beberapa perkara yang ingin aku katakan, namun aku simpan itu untuk lain kali sahaja, ya? ;)



No comments:

Post a Comment