Beberapa hari ini, kata-kata tentang keinginan aku menjadi kenyataan. Tak percaya, bukan? Aku hanya berkata-kata dan ianya menjadi kenyataan.
Contoh pertamanya, hari itu, aku amat teringin untuk menikmati buah kuini. Sedang aku berjalan bersama rakan-rakan melalui bawah pohon kuini, tiba-tiba buah kuini jatuh bergolek di hadapan kaki. Bertuah tak? Apa lagi, aku terus kutip dan singgah ke bilik rakan untuk makan buah kuini itu. Oh, aku tiada pisau, kerana itu singgah ke bilik rakan.
Semalam pula, aku menyatakan bahawa aku ingin sangat melihat encik abjad pertama itu. Tahu apa yang terjadi? Kami keluar makan bertiga, dan betul-betul di sebelah meja kami, encik abjad pertama sedang makan bersama temannya. Wah! Terkedu aku sepanjang malam. :D Entah kenapa melihat dirinya sahaja sudah cukup untuk menenangkan hati dan perasaan aku yang sedang gundah ketika itu.
Konklusinya, kalau inginkan sesuatu, adalah perlu untukk mengatakannya, kerana siapa tahu ia akan menjadi kenyataan secepat itu, bukan? ;)
Konklusinya, kalau inginkan sesuatu, adalah perlu untukk mengatakannya, kerana siapa tahu ia akan menjadi kenyataan secepat itu, bukan? ;)
(|].^_^.[|) ♪♫~~ muse - can't take my eyes off of you.
oh, aku tidur dengan semyuman malam tadi. :D
oh, aku tidur dengan semyuman malam tadi. :D
No comments:
Post a Comment