Thursday, 9 June 2011

Sesuatu tentang: Lelaki; benci dan suka.

Aku benci lelaki yang terlebih ego tambah bodoh sombong. Beberapa hari yang lepas, di jalan sehala, aku diberi jelingan yang konon-kononnya maut oleh seorang lelaki yang menunggang motosikal melawan arus hanya kerana aku tidak mahu memberi laluan kepadanya. Bagi aku lelaki itu bodoh teramat. Sudahlah menyalahi peraturan lalulintas, ada hati nak jeling-jeling aku. Memang bodoh sombong yang minta penyepak aku. Nasib baik kaki aku ni tak naik kat muka dia. Alah, kalau jadi kes polis pon dah pasti lah aku menang, aku berjalan melawan arus, dia? Menunggang melawan arus? Sangat 'pandai'. Ya, aku memang baran. Terutama kepada orang yang dah tentu-tentunya buat salah lepas tu tuding jari kat orang lain. Memang buat aku nak angkat kaki kat muka dia. Dah beberapa hari, tapi aku masih marah kat lelaki tu. 



Tapi marah-marah pon, suka jugak dengan lelaki. Dah tu, takkan nak suka perempuan kot? -,-" Lebih-lebih lagi bila tengok lelaki yang sopan, penuh adab. Okay, mungkin takdelah sopan sangat, tapi sekurang-kurangnya tahulah batas-batas yang tak sepatutnya dilanggar. Haha. 

Ada kawan aku tak faham langsung apa lebihnya encik alphabet pertama tu dengan lelaki-lelaki lain. Oh, mestilah sangat berbeza. Memanglah dia nampak kasar, tapi aku pernah juga nampak kelembutan dia. Dan tak silap aku, dialah lelaki pertama yang pernah merajuk sebegitu rupa (selain abah aku, oh, tapi itu cerita lain) dengan aku. Kelemahan aku adalah pada lelaki yang tahu perasaan sebenar aku, berbanding dengan apa yang orang lain nampak pada luaran aku. Aku jujur, tapi ada masanya, aku juga pelakon.



Alhamdulillah, semester ini, banyak ruang dibuka untuk aku. Selepas banyak perkara yang menyentuh kalbu aku dan melukakan aku sebelum ni, aku gembira buat masa sekarang. Salah satunya, abah memberi kebenaran untuk aku mengambil lesen di sini. Kalau boleh, aku nak selesaikan perkara ini cepat-cepat, sebab kalau ditangguh, merugikan masa dan mungkin juga duit. Di mana lagi boleh buat lesen semurah di utara ini, kan?

Ada kawan berkata, aku sudah jarang mengemaskini blog. Maaflah, semester ini agak sibuk. Minggu pertama sahaja sudah dibebani dengan tugasan itu dan ini. Masuk minggu kedua ini, tugasan semakin bertambah. Tapi insyaAllah, semuanya akan aku laksanakan dengan sesempurna mungkin. Doakan aku, ya? 



(|].^_^.[|) ♪♫~~ flumpool - Hoshi ni Negai wo

5 comments: