Wednesday 14 December 2011

Sesuatu tentang : Derma Darah.

Buat kali ketiga dalam hidup, hari ini, telah berjaya mendermakan darah. :D Alhamdulillah. 

Kali Ketiga

Dan kali ini, buat pertama kali telah dibekalkan dengan beberapa supplemen tambahan.

Folic Acid

Vitamin B Complex

                           

Iron

Terbaek! Vitamin C yang boleh dikunyah. :D Suka suka suka~

Ramai orang tanya, tak takut naik berat badan ke kalau derma darah ni? Aku akan katakan, "No comment." Sebab percaya atau tidak, aku rasa kesan itu mengikut orang. Ya, lain orang, lain kesannya. Seperti juga after-effect menderma darah seperti mual, muntah, atau terasa ingin pitam, aku tidak pernah lagi merasakannya. Pertama kali setelah menderma darah aku telah melakukan kerja-kerja berat dan kesan yang memudaratkan tak pernah lagi terjadi. :D 



Hidup di universiti sangat berbeza dari zaman persekolahan (yang untuk rekod, adalah berkali ganda lebih menyeronokkan) kerana di sini, kau tidak boleh mengharap agar semua orang akan menunggu kau. Kau hanya mampu bergantung kepada diri sendiri dan hanya beberapa teman (yang betul-betul rapat sahaja)?

Dalam beberapa hari ini, aku terpikir; terlalu sensitif kah aku - atau terlalu tiada perasaan kah manusia itu? Kali ini aku menulis setelah perasaan itu reda sedikit dari dalam hati kerana aku agak khuatir untuk menulis sewaktu aku terlalu emosional. Mungkin kadang-kala terlalu berterus terang itu mempunyai kontra nya juga. Entahlah. Dan aku juga terfikir - di tahap manakah kebenaran itu menjadi penghinaan? Kalau kebenaran itu terlalu pahit untuk diluahkan -kerana; ya, ianya memalukan- di tahap manakah ia akan dianggap sebagai mengatakan kebenaran dan di tahap manakah ia dianggap menghina? :/



Oh, dan janganlah kagum sangat bila melihat seorang perempuan yang seolah tipikal mempunyai wallpaper yang sangat lari dari imej tipikal itu. :D


HAHA. :D Konklusinya; aku bukan tipikal.



(|].^_^.[|) ♪♫ Akanishi Jin - Tipsy Love

No comments:

Post a Comment