Thursday, 21 July 2011

Sesuatu tentang: Aku tahu aku cool. HAHA.

Tapi maafkan aku juga sebab aku bukan sempurna. 

---

Kesibukan melanda. Pelbagai hal yang terjadi. Tapi selepas setiap yang terjadi, Alhamdulillah aku masih mampu tersenyum dan tertawa. Syukur kepada-Nya setelah segala kebenaran yang ditunjukkan kepadaku. Benar aku terluka, tapi difikir kembali, aku lebih rela terluka sekarang, daripada tidak mengetahui kebenaran sebenar. Kebenaran yang pahit dan menyakitkan. Melukakan aku dan membuat aku lelah sendiri. 

Sehingga beberapa hari yang lepas, aku hampir menjadi gila serasaku. Menahan segalanya di dalam, kerana khuatir aku melepaskan kata-kata yang tidak sepatutnya, atau tanpa sengaja membuka aib orang. Aku tak mahu itu, lalu aku memilih untuk mendiamkan diri. Tanpa sangka pula, tindakan itu membuatkan orang lain yang tidak tahu apa-apa telah menilai dan menjatuhkan hukuman kepada aku. Pesan aku kepada hati; sabarlah hati, pasti ada hikmah yang mendatang nanti. Dan maafkan aku hati, kerana membenarkan kau terluka lagi, buat yang entah keberapa kali. 

Setelah beberapa perkara yang mendatang kepada aku, aku sedar bila aku terluka, aku perlu belajar untuk menyembuhkannya sendiri. Kawan dan sahabat, tangga mereka berbeza. Jujur aku katakan, apabila pergaduhan terjadi, barulah kita akan sedar siapa rakan kita yang sebenarnya. Hipokritkah dia, atau jujurkah dia berkawan dengan kita. Ada yang bertanya, tak penatkah bergaduh dengan kawan sendiri? Memanglah penat, tapi itu adalah salah satu cara untuk kita mengetahui tentang perangai sebenar seseorang. Percaya tak? Kerana sebenarnya, kita lebih banyak mengatakan kebenaran bila kita marah dan melepaskan semua yang terbuku di hati. ;)

Diamku bersebab, dan omong kosongku bukan sepenuhnya kosong. Hanya yang terpilih, mungkin, dapat menafsirkannya.



(|].^_^.[|) ♪♫~~
ps: kalau kita nak tolong kawan, pastikan dia rela ditolong dan jangan pula sampai kita sendiri yang terluka.

No comments:

Post a Comment