Sunday, 31 July 2011

Sesuatu tentang: kata hati.

Ramadhan tiba lagi. Pelbagai kenangan menggamit memori. Terutama sekali, memori yang telah tercipta di kampung halaman, bersama segenap ahli keluarga. Jujur, aku rindukan semua. Apatah lagi mengenangkan cuti pertengahan semester yang baru berlalu minggu lepas dikorbankan untuk Pekan Teater yang juga penilaian akhir ko-kurikulum aku. Tak, sedikit pon aku tak menyesal mengorbankan cuti aku, tapi rindu yang membuak-buak di dalam dada ini kepada keluarga ditahan sedapa-upaya. Ingatkan diri, ingatkan hati; bukan kau seorang Nabilah yang berbuat demikian. Ramai lagi yang serupa dengan kau.

Aku rindukan semua ahli keluargaku. Rindu untuk duduk makan bersama-sama.

Malam tadi, ada satu peristiwa yang sangat menggganggu benakku. Entahlah, mungkin benar dia melakukannya tanpa sengaja, tapi hati kecilku ini sangat terasa dengan perbuatan dia itu. Aku sangkakan perkara yang pernah berlarutan itu kini telah selesai, tapi mungkinkah hanya aku yang beranggapan sedemikian? Mungkinkah itu hanya lakonan? Atau mungkinkah besar sangat dosa yang telah aku lakukan kepada dia sampai muka aku ini tidak langsung layak untuk ditatap dia? Walau setelah semua yang pernah terjadi, aku ini masih adalah watak jahat di hatinya? Seteruk itukah aku?
Ku khabarkan pada hati, "sabarlah Nabilah. Semua yang terjadi itu pasti ada hikmahnya." Namun jujurnya, perasaan terkilan yang hadir itu sedang menguasai diri aku kini.

Sesuatu telah terjadi hari ini, yang membuatkan aku rasa sangat gembira sekali. Tidurku nanti pasti diiringi senyuman dari hati. =) 

---

I am definitely not a Bieber's fan; but I am quite a huge fan of Faizal Tahir! So enjoy Faizal Tahir's cover of Justin Bieber's Baby. 



Anyway, take care and have a great day everyone!



(|].^_^.[|) ♪♫~~ Faizal Tahir - Baby (Justin Bieber cover)

No comments:

Post a Comment