Akhirnya, aku dapat masa senggang yang membolehkan aku untuk berfikir dan bernafas. Akhir-akhir ini, hidup aku terlalu sibuk dengan segala macam perkara yang menyesakkan minda. Terlalu banyak hati yang perlu dijaga dan terlalu banyak perkara yang harus diselesaikan secepat mungkin. Dan terlalu kurang masa untuk aku merehatkan diri. Semester ini aku semakin memahami apa erti kesibukan dan kepenatan. Erti tanggungjawab dan erti menghormati yang layak.
Beberapa hari yang lalu, kesabaran aku benar-benar tercabar. Aku mengaku aku bukanlah orang yang paling sabar dalam dunia, dan salah satu kepantangan terbesar bagi aku adalah menunggu. 10 minit adalah had maksimum aku untuk menunggu, dan selepas itu, memang ringan mulut aku ini untuk menghamburkan segala sumpah seranah. Aku adalah seorang yang amat tepat pada masa. Aku tak suka menunggu, dan aku juga tak suka untuk membiarkan orang lain tertunggu.
Dan beberapa hari yang lepas juga, hatiku dicabar. Dua orang sahabat aku datang dengan masalah masing-masing dan meletakkan aku dalam dilema, siapa yang harus ku bantu. Lelah sendiri, aku akhirnya membuat keputusan untuk tidak membantu kedua-dua mereka. Bukan aku ingin menjadi kejam, namun aku tak mampu nak membahagikan diri aku kepada dua. Jika boleh, alangkah indahnya! Lagipun, aku teringat akan kata-kata kawanku, 'kita takkan mampu untuk menjaga hati semua orang'. Dan diletakkan aku dalam situasi itu, aku terpaksa bersetuju seratus peratus kata-katanya itu.
Dan hari ini juga, aku terdengar dari rakan mengenai seseorang yang berlaku biadab terhadap seseorang yang bukan sahaja lebih senior, malahan lebih tua daripadanya. Aku sedih dan kecewa. Tak tersangka perkara itu boleh terjadi. Kalau ada ilmu setinggi langit, tapi tak tahu menghormati orang lain dan berperangai seperti dialah yang terbaik di muka bumi ini, tak guna juga, kan? Apa kau fikir kau tu baaaaagusss sangat? Berlagak kau tu takkan bawa kau ke mana-mana pon, percayalah!
Tiga malam berturut-turut tidak lekat di bilik. Ada sahaja perkara yang membuatkan aku sibuk. Namun, aku punya masa malam ini. Tujuan aku adalah untuk menghabiskan ketujuh-tujuh filem SAW, salah satu filem francais terbaik pada pandangan aku. :) Kalau sempatlah...
Oh, pagi tadi, aku terjatuh lagi. Menggelongsor sebanyak empat (atau lima?) anak tangga. Sebahagian badan lebam, biru birat. Mujur kain yang baru sahaja dibasuh tidak terjatuh dari baldi. Membayangkan untuk membasuh kembali sudah cukup membuatkan aku penat, apatah lagi untuk benar-benar melakukannya.
Esok pagi ada perjumpaan untuk kokurikulum Drama. Skrip dan tugasan akan diberi. Aku mengharapkan posisi di team management. Minat, dan kelebihan bagi aku di situ, berbanding yang lain. Tapi siapalah yang tahu aku diletakkan di mana, kan?
Semakin kita menyayangi seseorang, semakin kita mencuba untuk melindungi dia, dan bukan merosakkannya.
Kita takkan mampu menjangka apa yang terkandung dalam hati dan otak manusia lain. Benar, bukan? :)
be strooooooooooonggggggggggg. kame2 haaa. nah transfer power
ReplyDeletehahaha. thanksssss. :)
ReplyDelete