Di dalam bas. Menuju Arau tercinta. Menahan marah dan bengang yang amat sangat sebentar tadi. Bas seharus tiba pukul 11 malam, hanya sampai pada dua lebih pagi. Bertolah tepat 2.35 pagi. Terasa bersalah kerana kedua-dua mak dan abah terpaksa menunggu. Bas yang aku naiki adalah yang terakhir sekali sampai. 2.30, sedang gerai-gerai pon dah habis tutup. Hanya kami penumpang yang tinggal, dan saudara-mara yang menghantar. Bayangkan sahaja perasaan kami menunggu bas yang tak kunjung tiba itu.
Namun walau apa pun, aku bersyukur yang akhirnya aku di dalam bas, dan dalam perjalanan ke Kangar ini. Harapnya tiada aral yang menggangggu perjalananku lagi. =)
Oh, dan tolong jangan buat spekulasi mengenai aku. Kalau ada apa-apa yang mengganggu benak, tanyalah pada aku sendiri. Khuatir terjadi fitnah pula. :)
No comments:
Post a Comment