Tuesday, 13 September 2011

Sesuatu Tentang: Alkisah.

Kisah #1:

Gadis A minat Jejaka B. Setahun kemudian dia menyedari yang dia masih menyayangi Jejaka Z.



Kisah #2:

Gadis A pernah rapat dengan Gadis B. Tapi Gadis A mulut jenis takde insurans. Mereka bergaduh dan, begitulah. Aku agak kau tahu apa yang terjadi. 

Gadis B semakin rapat dengan teman-teman lainnya. Tanpa dia ketahui bahawa teman yang berada di sekelilingnya hanyalah manusia lidah bercabang dua dan hipokrit. Mengutuk itu ini di belakangnya, dan berbuat berbagai benda di belakangnya. Atau mungkin dia tahu?



Aku tahu kisah #1 itu merapu, jadi kau patut abaikan sahaja ia. Kisah #2 itu kisah benar. Dari sayang menjadi benci, dan entah macam mana kasihan sahaja yang tinggal. Entahlah. Aku pon tak pasti siapa yang bersalah sebenarnya.

Arau banjir. Tiga semester berturut-turut banjir. Tadi baru bersuka-ria bersama kawan-kawan dan melihat sendiri keadaan banjir di luar. Alhamdulillah juga buat pertama kali sampai juga aku di Padang Besar. Shopping sakan, bukan pakaian tapi makanan. 


Aku kepenatan. Jadi, selamat malam kalian. =)

No comments:

Post a Comment