Akhirnya setelah bertahun-tahun, mabuk kenderaan kembali. Baru kali kedua aku tidur selama itu di dalam bas (kali pertama tidur lama di dalam bas adalah kerana terlalu letih). Ya, aku jarang tidur lama di dalam bas, kerana cukup tidak selesa. Malam tadi, dengan fikiran yang pusing dan perut yang bersedia untuk mengeluarkan isi, aku memaksa diri untuk tidur. Yakin jika tidak memaksa untuk tidur, tragedi akan terjadi di dalam bas. :)
Kebetulan yang agak melegakan, yang duduk di sebelah adalah kawan sendiri. Lega, kerana sebelum itu khuatir jika entah siapa-siapa yang duduk di sebelah. Maklum sajalah, dah biasa membeli tempat duduk persendirian, kerana tiket habis terpaksa jugalah akur.
Setelah seminggu lebih bergembira bersama keluarga, akhirnya aku kini telah kembali ke Arau. Meninggalkan bumi Selangor dengan hati yang sayu. Sebulan sahaja lagi sebelum semester ini tamat, namun hati masih tidak puas menikmati cuti. Apatah lagi mengenangkan cuti pertengahan semester yang lalu sedag sibuk dengan Pekan Teater, dan cuti semester nanti ada pula aktiviti yang menanti.
Cuti selama seminggu lebih ini, entah kenapa hati sentiasa tenang, akhamdulillah. Walaupun sebelum cuti itu, hati berdebar-debar entah kenapa, namun syukur cuti berlalu tanpa terjadi apa-apa.
"Oh bulan tolonglah daku
katakan padanya
ku cinta dia~"
Sheila Majid - Dia
(|].^_^.[|) ♪♫~~ Sheila Majid - Dia
No comments:
Post a Comment