Saturday, 1 October 2011

Cerpen: Lepas.

Zuhayr terpegun, memandang tepat ke anak mata wanita yang bertudung litup di hadapannya. “Nafisah?” Tanpa sedar bibirnya menutur nama itu.

Nafisah mengalihkan pandangan, mencari sumber suara yang memanggil namanya. “Zuhayr?” Pegangan pada beg plastik berisi marble cheesecake dari Secret Recipe itu dikejapkan.



Nafisah menggagahkan diri untuk mengukir senyuman. “Dah berapa lama awak dah balik? Tak dengar khabar berita langsung sebelum ini.” Masih tidak mempercayai dia menerima jemputan Zuhayr untuk berbual sebentar di café Secret Recipe itu.

“Baru beberapa bulan. Sekarang tengah praktikal lagi di Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah.” Zuhayr menjawab sebelum menghirup kopi yang berada di hadapannya. “Awak pula? Sama je, lama tak dengar cerita sejak saya ke India.” Matanya memandang Nafisah, rindu yang sudah lama tidak kunjung semakin menghimpit diri.

“Saya? Okay, Alhamdulillah. Sekarang ni saya kerja di TM.” Nafisah menjawab sambil cuba mengawal gugup yang membelenggu dirinya saat itu.

Zuhayr hanya mengangguk, matanya tiba-tiba terpaku pada cincin emas belah rotan yang menghiasi jari manis Nafisah. Sedaya upaya ditahan rasa yang dia sendiri tidak pasti menyerang hatinya saat ini. “Suami apa khabar?”

“Suami?” Nafisah memandang tepat wajah Zuhayr. Seketika kemudian, dia memandang cincin yang baru tersemat di jarinya dua minggu lepas. “Saya belum kahwin. Ini, cincin tunang. Baru je, dua minggu lepas.”

“Oh, maaf salah tafsir.” Zuhayr menahan malu, telahannya salah sama sekali.

Nafisah hanya menggalengkan kepalanya.

Family masih tinggal di Kuala Selangor?” Zuhayr bertanya, cuba mengalihkan focus dari topik sebentar tadi.

“Ya. Alhamdulillah dua-dua masih sihat sekarang ni.” Nafisah berhenti dan mengambil nafas panjang sebelum bertanya, “Papa dengan Mama apa khabar?”

“Sihat juga, Alhamdulillah. Buat masa ini Mama dah berhenti kerja dan Papa masih mengendalikan syarikat shipping dia.” Zuhayr menjawab dan dalam hatinya bersyukur bahawa Nafisah masih mengingati Papa dan Mamanya. Dia sendiri tidak ingat sejak bila panggilan itu hanya ‘Papa dan Mama’ dan bukan ‘Papa dan Mama awak’. Mungkin sejak kedua ibu bapanya mengetahui hubungan mereka suatu ketika dahulu.

“Oh. So, awak buat apa kat sini?” Tanya Nafisah dengan perasaan ingin tahu.

“Saya baru balik dari melawat kawan di Hospital Tanjung Karang. Khairi Anwar, ingat tak? Isteri dia baru bersalin. Baby boy.”

Mata Nafisah dapat menangkap betapa gembiranya Zuhayr bercerita tentang bayi rakan baiknya. Khairi Anwar, dia takkan pernah lupa jejaka itu yang pernah bersengketa dengannya kerana Zuhayr. Ketika itu, memang salahnya kerana bersikap terlalu mementingkan diri. Nafisah hanya tersenyum sambil mendengar cerita Zuhayr tentang bayi Khairi Anwar itu.

“Awak-”

“Kejap.” Nafisah mengambil handphone dari tas tangannya untuk menjawab panggilan masuk. “Waalaikumussalam, yes Akil… Hm, yup. I dekat Secret Recipe right now, on the way to my parents’. … Hm? … Okay, see you later. Miss you too.” Setelah meletakkan panggilan, dia memandang Zuhayr kembali. “Awak nak tanya apa tadi?”

Zuhayr menggeleng. “Takde apa-apa.” Dia berpura-pura memandang tempat lain agar luka hatinya tidak semakin dalam melihat senyuman bahagia Nafisah menjawab panggilan yang berkemungkinan besar dari tunangnya. “Tunang awak ke yang call tadi?”

Nafisah mengangguk. “Ha, saya pun dah bertunang. Awak bila lagi?”

“Calon tak jumpa lagi.” Selamba Zuhayr menjawab.

“Hai, dah jadi doktor ni pun tak ada yang nak ke? Atau awak yang memilih sangat?” Nafisah sengaja mengusik.

“Ada tu ada juga yang mahu. Tapi mereka tak setanding awak, Nafisah.” Ujar Zuhayr tanpa dapat berfikir panjang.

Air muka Nafisah berubah ketika itu juga.

Zuhayr merasa ingin menampar mulutnya kerana bertutur tanpa berfikir panjang. “Nafisah, I’m sorry. Saya tak bermaksud nak ungkit kisah silam. What’s past is past, I know. I’m sorry if what I had just said hurts you.”

Nafisah hanya tunduk, bermain dengan jari-jemarinya sendiri. “I’m sorry, too.”

Zuhayr mengeluh. “Nafisah, awak tak bersalah. Kita yang berjanji pada masa tu, kalau ada jodoh, kita akan bersama. Dan sekarang terbukti yang kita tak berjodoh. Saya kenal awak Nafisah, awak takkan pernah terima lelaki sembarangan dalam hidup awak. Lima tahun Nafisah, lima tahun. Kejamnya saya membiarkan awak menunggu saya selama itu, dan kalau saya tak belajar untuk lepaskan perasaan ini, saya tidak bersikap adil kepada awak. Saya minta maaf, Nafisah. Awak tak bersalah langsung dalam hal ini. Saya yang tidak mencuba sehabis baik sebelum ini.”

Nafisah hanya menggelengkan kepala, cuba menahan air matanya dari mengalir. ‘Fikirkan Akil, Nafisah. Fikirkan Akil yang setia menunggu selama ini. Kau tak bersikap adil kepada Akil kalau kau biarkan diri kau kalah dengan perasaan, Nafisah.’

“Nafisah…”

“Maaf, saya perlu pergi sekarang.” Tanpa berkata apa-apa, Nafisah pergi meninggalkan Zuhayr yang hanya memandang tanpa sempat memberi sebarang reaksi.



Beri saya lima tahun. Kalau saya tak cuba untuk kembali kepada awak dalam masa lima tahun, anggaplah saya sudah lepaskan awak.
-Zuhayr-

Nafisah membaca kembali e-mail yang pernah dihantar oleh Zuhayr hampir tujuh tahun lepas. E-mail yang dihantar sebelum masing-masing melanjutkan pelajaran setelah meninggalkan zaman persekolahan.

Nafisah tersenyum. Hatinya lebih tenang setelah bertemu dengan Akil sebentar tadi dan menceritakan semuanya. Setelah berbicara dengan Akil, dia menyedari sesuatu.

Sebenarnya, dia telah lama melepaskan perasaan itu. Tapi hatinya yang menafikan perkara itu. Entah kenapa, setelah berbicara dengan Akil, dia mula nampak masa depan yang selama ini menjadi angan Akil. Dia mula melihat masa depan, dia dan Akil.

Nafisah ingin bahagia. Dan itulah yang akan dilakukannya, tidak melepaskan kebahagiaan yang menunggu dan menemaninya selama ini. Akil.

Jemarinya menekan 'delete', ingin membuang e-mail itu, dan kenangan bersama pengirim e-mail itu, jauh dari hidupnya.

Dia merasakan setelah bertahun-tahun berlalu, inilah keputusan terbaik yang pernah dilakukannya.



“I guess we never really moved on”
Hinder – Lips on an Angel



“Subete kakete dakishimete miseru yo//I’ll risk everything to embrace you”
Yamazaki Masayoshi – One More Time, One More Chance


---


Buat kesekian kalinya, aku kalah pada perasaan. Sesuatu terjadi malam tadi, dan ingatan bertimpa-timpa datang dalam benakku.

Keliru? Terima kasihlah pada yang berjaya membuat aku keliru akhir-akhir ini.



(|].~_~.[|) ♪♫~~ Hinder - Lips of an Angel

No comments:

Post a Comment