amaran; ini entri mengamuk memarah orang.
Terima kasih lah kepada manusia yang agaknya tak cukup cukup lagi nak melakukan benda jahat kat muka bumi ini yang merosakkan emosi aku di awal pagi.
Terima kasih lah kerana berjaya membuat aku menyedari aku mampu membenci orang tanpa aku tunjuk kepada dunia.
Terima kasih lah memberi aku peluang untuk menjadi pelakon di alam nyata ini.
Bayangkan betapa aku benci kau tapi aku mampu bercakap dengan kau macamlah tiada apa yang pernah terjadi, mampu tersenyum walaupun hati ini masih rabak dengan luka yang kau pernah buat. Bukan dekat aku je, dekat kawan-kawan aku juga.
Aku cuma tak mampu nak memproses kenyataan kau boleh bertanya kau buat salah atau tidak sedang sudah terang jelas dan nyata apa yang kau buat itu bukan hanya salah, malahan lebih dari itu.
Terima kasih kerana berjaya merosakkan hari aku dengan satu sms sesat itu.
Jangan bimbang, aku takkan buat apa-apa. Sebab aku tahu karma akan datang kepada kau, dan ketika itu, lihatlah.
No comments:
Post a Comment