Monday, 17 October 2011

Cerpen: Perihal Cinta; Sequel

Qistina cuba mencari semula posisi yang selesa untuk menyambung tidur. Entah kenapa hatinya berdebar-debar malam itu. "Abang…" Qistina menarik lengan pijama suaminya yang sedang tidur sewaktu menyedari sesuatu telah terjadi. "Abang…" Qistina menarik lengan pijama itu dengan lebih kuat apabila Dziyab tidak memberi sebarang respon, tidur dengan nyenyak sekali. "Abang bangun, bang. Qis – Qis rasa Qis nak bersalin dah ni."

Sepantas kilat Dziyab terjaga dari tidur, duduk dan memandang Qistina yang masih dilihatnya masih bertenang. "Ha?" Dziyab bertanya sedikit bingung, masih tidak dapat memproses kata-kata Qistina dengan tepat.

"Qis rasa, dah nak sampai masanya. Sakitlah bang…" Adu Qistina setelah yakin dia mengalami sedikit kontraksi yang datang semakin kerap.

Dziyab menggaru kepalanya yang tidak gatal, cuba berfikir. "Kejap. Abang siapkan Rayyan dulu, lepas ni kita pergi hospital."

Qistina hanya mengangguk. Dia memegang tangan Dziyab. "Jangan lupa call mama dan papa. Lepas tu bagitau jugak dekat mak dan abah, lepas subuh ke. Lagipun rasanya awal lagi nak deliver ni." Qistina teringat pengalamannya sewaktu ingin melahirkan Rayyan dahulu, dia mengalami kontraksi selama hampir 24 jam sebelum sampai masanya untuk melahirkan Rayyan. Sempat juga dibawa oleh jururawat untuk berjalan-jalan di sekitar taman hospital untuk memudahkan sewaktu bersalin.

"Sakit tak?" Dziyab bertanya dengan agak bimbang melihatkan kerutan di dahi Qistina.

Qistina mengangguk. "Sikitlah. Tapi boleh tahan lagi rasanya."

Dziyab mengucup dahi Qistina sebelum bergerak, bersiap untuk ke hospital panel. Mujurlah ini pengalaman kedua buat mereka khususnya Qistina, membuatkan mereka lebih tenang dalam menangani situasi ini.



"Papa, kenapa dengan mama?" Tanya Rayyan setelah Qistina ditolak ke dewan pembedahan. Tangannya dilingkar ke leher papanya, riak wajahnya bimbang.

"Mama tak apa-apa, sayang. Cuma, Rayyan nak dapat adik." Jawab Dziyab setelah berfikir sejenak. 'Ah, anakku. Fahamkah kau jika papa terangkan?' Dikucup dahi Rayyan yang ketika itu telah melentokkan kepala di bahunya, mengantuk. Dziyab akhirnya duduk di kerusi yang dikhaskan untuk mereka yang menunggu pesakit, membaringkan Rayyan di atas pahanya.

Jujurnya, hatinya berdegup dengan kencang ketika ini. Benar, ini adalah anak kedua mereka. Tetapi pada kelahiran Rayyan, Dziyab hanya sempat sampai setelah Rayyan dilahirkan kerana kapal terbang yang dinaikinya lambat mendarat. Pada ketika itu, dia baru sampai dari Singapura kerana ada urusan kerja di sana.

Dia kembali mendodoikan Rayyan yang bergerak, terganggu tidurnya.



"Dziyab?"

Dziyab mengangkat kepala, memandang kepada bapa dan ibu mertuanya. "Papa, mama." Tangan dihulur kepada mereka untuk bersalam.

"Dah lama ke Qis dekat dalam?" Tanya ibu mertuanya.

Dziyab menggeleng. "Baru je. Tak sampai sejam pun lagi. Tapi kontraksi dia makin kerap katanya. Itu yang terus ke hospital."

Mama mengangguk, faham. "Kamu tu, dah bagitau ke belum dekat abah dengan mak kamu?"

"Belum lagi, mama. Qis pesan tadi, bagitau lepas subuh je. Bimbang excited sangat mak dengan abah, takut awal-awal pagi macam ni terus bergerak. Yelah, Seremban dengan KL ni bukan dekat sangat pon." Terang Dziyab panjang lebar.

"Betul jugak tu. Yelah, nak dapat cucu lagi, kan?" Papa pula menyampuk. Mujur juga mereka tinggal di Lembah Klang, berbanding besannya yang tinggal di Seremban. Sekurang-kurangnya kalau ada apa-apa yang terjadi, mereka sebagai ibu bapa masih dekat.

"Qis ambil epidural tak kali ni?" Mama bertanya.

Dziyab mengangguk. "Saya pun kalau boleh tak nak lah dia rasa sakit sangat masa bersalin. Sekurang-kurangnya bila kurang sikit rasa sakit tu, tenaga dia nak meneran nanti lagi banyak. Doktor pun cakap macam tu dekat kami hari tu. Apatah lagi dengan badan Qistina yang tak kuat sangat tu."



Dua jam berlalu dengan pantas.

"Encik Dziyab?"

Dziyab memandang kepada jururawat yang memanggil namanya itu.

"Encik boleh masuk sekarang? Puan Qistina dah bersedia untuk bersalin." Lembut jururawat itu berkata.

Rayyan diserahkan kepada papa dan mama. Dziyab bergegas mengikut jururawat itu masuk ke dewan pembedahan.



"Cepatnya dah sampai masa?" Dziyab bertanya kepada jururawat itu sambil menyarung pakaian hijau yang dihulur jururawat kepadanya.

"Oh, Puan Qistina beritahu doktor tadi, dia merasakan kontraksi dari semalam sebenarnya. Tapi dia menyangkakan itu hanya false alarm sahaja. Lagipun, due date sepatutnya minggu depan, bukan?" Jururawat itu menjawab pertanyaan dengan tenang. "Buat masa ini, doktor baru sahaja memecahkan air ketuban Puan Qistina. Kontraksi semakin kerap, jadi mungkin Puan Qistina akan bersalin sebentar lagi."

Dziyab mengangguk, faham. Dia mengikuti langkah jururawat itu ke dalam bilik pembedahan, melihat Qistina yang sedang berpeluh-peluh. "Qis…" Segera dia rapat dan memaut tangan Qistina, berharap agar dapat menyalurkan sedikit kekuatan untuk meringankan beban dan kesakitan yang ditanggung Qistina saat itu.

Qistina senyum, menggenggam erat tangan Dziyab.

Dziyab mengucup dahi Qistina penuh kasih. "You’re doing just great, sayang."

Qistina mengangguk.

Doktor Salina melihat kepada carta kontraksi Qistina yang semakin tinggi. "Baiklah, bila saya suruh teran, tolong teran ya."

Qistina hanya meneran sekuat hati seperti yang disuruh Doktor Salina. Mujurlah Dziyab sentiasa di sisi. Entah berapa lama dia menanggung kesakitan, akhirnya bayi perempuan yang dikandungnya lebih kurang Sembilan bulan berjaya dilahirkan.

"Baby kita dah lahir sayang. Baby Rania dah lahir." Dziyab kembali mengucup dahi Qistina berkali-kali. Tiada ungkapan yang dapat disusun atas rasa bahagia yang menyelubungi hatinya saat itu.

Qistina hanya mengangguk.

Doktor Salina menunjukkan bayi yang baru dilahirkan itu kepada Dziyab. "You got yourself a healthy baby girl, Encik Dziyab."

Dziyab melihat anak perempuannya yang belum lagi dibersihkan ketika itu … sebelum pengsan.

Qistina yang kepenatan setelah bertarung nyawa pula tertidur.

Doktor Salina memanggil seorang pembantu perubatan lelaki untuk memapah Dziyab yang masih pengsan keluar dari dewan pembedahan setelah menyerahkan bayi perempuan itu kepada seorang jururawat untuk dibersihkan dan dipindahkan ke wad bayi.

"Encik Dziyab tak apa-apa ke?" Seorang jururawat bertanya kepada Doktor Salina yang sedang membersihkan diri ketika itu.

Doktor Salina hanya mengangkat bahunya. "Well..., sekurang-kurangnya dia tak pengsan masa Puan Qistina tengah bersalin."



Qistina membuka mata dengan pemandangan Dziyab yang tidur di sisinya dan memegang tangannya. Dia senyum dan menggunakan tangannya yang lain untuk mengusap kepala suaminya. Gerakan yang sedikit itu mengejutkan Dziyab dari lenanya. Qistina hanya senyum apabila Dziyab membantu membetulkan katil agar dia lebih selesa.

Dziyab kembali duduk dan tangannya memaut kedua-dua tangan Qistina sebelum dia mengucupinya.

"Abang dah tengok baby?" Qistina bertanya setelah lama masing-masing berdiam diri.

Dziyab mengangguk. "Sayang patut tengok Rayyan tadi. Gembira sungguh dia dapat adik. Rania mirip Rayyan masa baru lahir dulu."

Qistina senyum. "Abang…"

"Ya?" Dziyab bertanya dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya.

"Abang pengsan ya tadi?" Qistina bertanya, nakal.


---



Cerpen ini ditulis sambil mendengar lagu dari Akanishi Jin bertajuk Eternal. Irama yang syahdu, dan lirik yang menyentuh hati.



あなたと共に生きてる 
素敵な笑顔で 胸張って 手をつないで
寄り添って歩いてく そんな未来を待ってる

Anata to tomo ni ikiteru
Suteki na egao de, mune hatte, te wo tsunaide
Yorisotte aruiteku, sonna mirai wo matteru

A life with together with you
With a brilliant smile, with confidence, and hand in hand
Together we go forward, I am looking forward to such a future



Siapakah yang memberi ilham tentang situasi cerpen ini? Biarlah rahsia, kata kalbu ku. Sejujurnya, aku takut untuk berharap; kerana takut untuk kecewa. Realiti hidup bukan seperti kisah dalam drama, pesan akal ku kepada kalbu.

Percaya atau tidak jika ku khabarkan untuk menulis kali ini, aku telah membuat sedikit kajian. =.=a Rumit sungguh proses kelahiran ini rupanya.



(|].^_^.[|) ♪♫~~ Akanishi Jin - Eternal

ps; lyrics with translation taken from here. credit to her for the hardwork. ^^

No comments:

Post a Comment