Monday 10 October 2011

Sesuatu Tentang: 'Update' dari rumah.

Rumah manis rumah. =)

Pertama-tamanya (eh, ada ke perkataan ni?), Alhamdulillah, aku selamat sampai rumah. Perjalanan yang diisi 90% darinya dengan aku tidur. Terlalu penat kerana semalam sebelum bertolak, pelbagai benda yang harus dilaksanakan sebelum boleh berangkat pulang ke Selangor tersayang.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Kak Pedy yang sanggup menemani malam tadi dan menghantar ke Stesen Bas Kangar. Love you bunch. xoxo ♥ Terima kasih juga kepada encik Remy yang sudi mengikut kami. =)

Ini Kak Pedy + domokun.

Ini Encik Remy + domokun.

Ini Encik Remy dan Kak Pedy + domokun. 



Kitano Kie di Malaysia? Berlakon dengan Zizan Raja Lawak? Woah! :O





Orang boleh cakap apa pun, tapi aku masih suka tengok dia berlakon dalam BANDAGE. =) Ini blog dia, kalau boleh baca kanji, untunglah. Sebab tuan punya blog ni hanya boleh baca sikit hiragana je. Katakana pon tak lepas. Haih~ =.=;



Okay. Ini cerita lain.


Ya, bagi yang tidak tahu lagi, Nabilah dengan bangganya telah berjaya membuatkan pinggangnya terseliuh semasa mengangkat kotak dalam usahanya mengemas bilik sebelum balik. Haha, gelak jom? =D

Okay, sebenarnya tengah sakit sampai jalan pon tak betul. Jadi, bila nampak tu tolonglah jangan tegur atau tanya kenapa Nabilah jalan macam tu, yeeee? 



(|].^_^.[|) ♪♫~~ Akanishi Jin - BANDAGE
Sebenarnya, hati sedang bercelaru. Entah apa yang menggangu pun aku tak tahu. Mungkin berbelah-bahagi lebih tepat. Logik akal menyuruh begini, kata hati pula begitu. Ah, akal dan hati, kenapa tidak boleh bersatu kali ini?

2 comments:

  1. hahhahahaaa.... hamboihh gambar skandal abessss (NG)

    ReplyDelete
  2. @NG: hahahaaaaa. kebahagiaan itu ya, haruslah disebarkan agar orang lain dapat tempias sama. eh? *merapu

    ReplyDelete