Sunday 7 August 2011

Sesuatu tentang: Perasaan; Cinta.

Entri ini entri meluahkan perasaan. Terima kasih! =)

Dan sedang aku hanyut dibuai perasaan, kenyataan datang membunuh harapan. Harapan yang diharap menjadi kenyataan, telah hancur musnah begitu sahaja. Namun aku sedar, tak semua pengharapan akan dimakbulkanNya. Dia yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk semua hambaNya, bukan? ;) Walau bagaimanapun, aku mengharapkan yang terbaik; buat dia juga buat aku. Masa yang akan menentukan segalanya. Mungkin begini juga bagus, aku tidaklah dibuai angan tanpa henti yang mampu melukakan aku lebih dalam di kemudian hari.

Satu perkara yang pasti, perasaan itu tidak boleh dipaksa. Datang dan pergilah ia tanpa dipinta. Dipupuk itu mungkin, namun pengakhirannya tiada jaminan. Perasaan yang datang tanpa dipinta dan tidak dipupuk juga mampu pergi dalam sekelip mata, apatah lagi perasaan yang dipupuk itu, bukan? Sedang aku mempelajari kebenaran itu, hatiku terluka sedikit. Namun aku relakan perasaan itu, kerana aku sebenarnya mempelajari lebih banyak dengan kelukaan yang ku rasakan ini.

Benar, mengenali dia sedikit demi sedikit telah membuka minda aku, juga sedikit demi sedikit. Aku mempelajari untuk melihat dunia ini melalui matanya. Perspektifnya tentang hidup, pandangannnya tentang manusia, pemikirannya tentang cinta. Aneh, namun itulah yang aku rasakan aku dapat semakin aku mengenali dia. 

Seseorang mengatakan gerak hati aku salah. Namun aku sangat yakin ianya betul. Dia telah membina sempadan dan mendirikan batu penghalang. Untuk apa aku meruntuhkan apa yang telah dibina dan didirikan? Dan kalaulah aku punya keberanian itu, dan aku melakukannya, apakah definisi bahagia akan dirasai kami berdua? Aku dapat merasakan, keadaan hanya menjadi lebih rumit. Bukan hanya antara kami, malahan orang yang berada di sekeliling kami. 

Walau apapun yang akan terjadi di kemudiannya, aku tak mahulah kisah cinta aku menjadi seperti ini;
Sadis sangat ceritanya. HAHA.

Ya, aku tahu entri ini entri merapu. =)

---

Sejujurnya, aku tidak menggemari diri aku akhir-akhir ini. Aku menjadi kembali Nabilah yang cengeng, yang terlalu mudah tersentuh hati dan mudah juga mengalirkan air mata. Benar, aku akan teringat kembali pesan temanku, "hati itu lembut, jangan keraskannya", tapi dengan segala macam yang terjadi belakangan ini yang kukira mengganggu kesihatan mentalku. Begitu banyak air mata yang telah tumpah, dan banyak juga cerita yang akhirnya ku pendam sendiri. Perkara yang telah sedia ada rumit, aku tak mahu ia menjadi lebih rumit dari yang sedang terjadi. Mungkin segalanya tidak serumit ini jika hatiku sedikit kental.



(|].^_^.[|) ♪♫~~ Mr Children - HANABI

2 comments:

  1. jatuh cinta berjutan rasanya,,hehehe salam kenal and salam persahabatan,,,,,nice blog,,,saye sudah follow your blog,jangan lupa follow me back,,ok thx

    ReplyDelete
  2. salam perkenalan. =) terima kasih yaa.

    ReplyDelete