Tuesday 16 August 2011

Sesuatu tentang: Perbezaan.

I might as well wearing lots of makeup tomorrow for not sleeping yet at this moment despite having an important class started at 8 am tomorrow. HAHA. =)

Antara sahabat dan kawan; banyak perbezaannya tu. =) Kawan dan kenalan; masih juga banyak perbezaan di antara mereka itu. Kau tahu?

Bagi aku, sahabat itu adalah mereka yang memberi dan menerima. Tidaklah hanya memberi tapi tidak mahu menerima langsung, dan tidak juga yang asyik menerima tanpa memberi. 'Give and take' dalam perhubungan bagaimanapun, bagi aku adalah penting. Tapi mestilah ada perbezaan dengan 'relationship-for-benefit'. Kau tahu apa bezanya? 'Relationship-for-benefit' tiada istilah ikhlas dalam perhubungannya. Takde feel langsung hubungan macam tu. HAHA. =)

Dan bagi aku juga, sahabat itu adalah mereka yang tahu bila kita memerlukan mereka, dan sentiasa ada untuk kita. Bukan sahaja masa senang, malahan masa susah. Pendek kata, bila-bila pun boleh bersama mereka. Sentiasa tahu masa yang tepat untuk menegur kesalahan kita dan tahu cara untuk menegur tanpa melukakan hati kita. Tapi tidaklah sampai melekat 24/7 sebab masing-masing perlulah ada life sendiri. Jujurnya, aku tak suka terlalu banyak masa diluangkan bersama kenalan, kawan, mahupun sahabat. Benar, merekalah yang mewarnai kehidupan kita. Tapi janganlah sampai terlupa yang masing-masing kita ada visi dan misi kita sendiri; demi masa hadapan kita juga. 

Sahabat juga tahu, bila masa mereka perlu memberikan kita ruang dan masa. Ya, ruang DAN masa. Kedua-duanya penting. Bila aku dilanda masalah, aku sebolehnya akan menyelesaikan masalah sendiri. Aku tak mahu terlalu bergantung kepada mereka yang berada di sisi aku. Kerana aku takut aku tidak mampu untuk belajar berdikari. Berdiri di atas kaki sendiri; mudah dikatakan sukar dikotakan. Aku pasti kau setuju, walaupun kau telah terbukti berjaya melaksanakannya. Hidup yang mudah; bukanlah hidup pada pandanganku.

Dan sahabat, mereka meminjamkan telinga mendengar permasalahan kita, dan meminjamkan bahu dikala kita hanya ingin menangis melepaskan segala yang terbuku di hati kita. Walaupun telah terbukti bahawa menangis tidak membuatkan kita merasa lebih baik, tapi kadang-kala hanya itu yang mampu dilakukan apabila hati terlalu rawan. 

Kawan aku, aku rasa bolehlah dikatakan ramai juga. Tapi mereka yang bergelar sahabat? 

Tapi yang pasti, hati aku teringatkan seseorang setiap kali mendengar lagu ini.

Kalaulah hidup ini terlalu adil (keadilan dilaksanakan sepenuhnya di muka bumi, maksudku) maka semua orang akan merasai definisi bahagia. Tapi sayangnya, jikalau semua orang bahagia, berapa ramai yang akan belajar untuk bersyukur dengan apa yang mereka ada?

Allah SWT lebih mengetahui tentang segalanya. Dan kamu, maaf perlakuanku dan perbuatanku telah mencalarkan egomu sepenuhnya. Mungkin, inilah yang terbaik untuk kita. Farewell and good luck in your future. 



(|].^_^.[|) ♪♫~~ Corrinne May - Shelter.

No comments:

Post a Comment