Sakit luar. Bulan lepas jatuh, dan sampai sekarang masih sakit. Tunggu nak balik rumah dan berurut. TT.TT Sakitnya, hanya Allah yang tahu macam mana aku boleh tahan sampai sekarang. Yang paling penting, jangan lari sebab bila lari berkali ganda sakit tu rasanya. Rasa bersalah kepada mak abah, sebab selalu buat mereka risau. Setiap semester jatuh, setiap semester kena jumpa tukang urut. Dahlah rumah jauh. Nak jumpa selalu memang tak dapat, selalu pulak kemalangan. Maaf mak, maaf abah.
Sakit dalam. Sakit sangat bila cuba memahami orang yang tak mahu membuka hati dan memberi peluang untuk difahami. Sentiasa melindungi diri, entah dari apa dan siapa aku tak pasti. Dan aku? Terus-terusan menjeruk hati. Dan bersabar lagi. Masih cuba memahami situasi yang membelenggu diri. Memang best sahur dengan chocolate indulgence secret recipe. Eh?
Tambah pulak dengan kawan baik yang selalu busy. Yang ni, aku taknak lah komen lebih-lebih sebab aku sedar, kami ada hidup sendiri. Tapi perasaan kecewa bila aku perlukan pertolongan dan dilayan endah tak endah tu, dalam hati mesih terasa.
Lepas tu homesick pulak. Sikit-sikit call mak abah. Cakap sekejap-sekejap je pon. Kalau ikut emosi masa call tu, memang dah berderu-deru air mata ni keluar. Tapi cuba tahan jugak. Takut mak abah bimbang lebih-lebih. Kadang-kadang tu, ter-menangis jugak.
Buat masa ni tengah dengar lagu ni ulang-ulang sampai rasa nak meraung-raung fikir pasal seseorang. Okay, bab meraung-raung tu aku tipu. Tapi memang hati terasa sebab macam-macam benda yang aku pendam.
MAAF, AKU EGO.
(|].^_^.[|) ♪♫~~ Lady Antebellum - Need You Now
No comments:
Post a Comment