Sunday 6 March 2011

Sesuatu tentang: Family Day DBS 2011.

Post ini dikemaskini dalam bahasa Malaysia disebabkan kemalasan saya untuk merujuk kamus dwibahasa pada masa ini.. ;)

Family Day DBS 2011, 5 Mac 2011.

Ini tag saya! =)
Seawal 8.15 pagi, acara telah dimulakan dengan perasmian oleh En Fawzi sebelum diteruskan dengan acara senamrobik oleh Madam Azura, pensyarah Sains Sukan dan Rekreasi. Setelah itu, beberapa acara terus dijalankan secara serentak, iaitu permainan futsal, bola jaring dan beberapa 'indoor game' seperti congkak, karom, dan batu seremban.

Aku diberi tugasan untuk menguruskan perlawanan-perlawanan bola jaring bersama junior seumur dengan aku. Cik Syuha. Perlawanan bermula pada 9 lebih sebelum acara 'semi-final' pada pukul 12 lebih. Kami diberi rehat setelah perlawanan 'semi-final' tamat hinggalah ke pukul 4 petang. Pada masa lebih kurang 4.30 petang, perlawanan final dijalankan. Part5 bertemu Part6 untuk menentukan kedudukan ke-3 dan ke-4, sementara Part2A bertemu dengan Part2B untuk menentukan johan dan naik johan. Kemenangan adalah seperti di bawah;

Johan; Part2A
Naib Johan; Part2B
Ketiga; Part5
Keempat, Part6.

Pada petang juga berlangsung perlawanan akhir untuk futsal, namun aku tidak pasti siapa yag memenanginya kerana aku sedang membersihkan padang ketika keputusan akhir diumumkan. XD Setelah tamat perlawanan akhir bagi futsal dan bola jaring, acara seterusnya ialah sukaneka.

Antara permainan sukaneka yang dimainkan ialah Semakin Jauh Semakin Sayang, Jalan Kasih, Tarik Upih dan Game Geli-Geli. Permainan Semakin Jauh Semakin Sayang melibatkan 10 orang pemain yang disusun dengan jarak yang semakin lama semakin jauh antara mereka, dan mereka dikehendaki melambung belon yang penuh berisi air. Jika tidak dapat dicapai oleh pemain seterusnya, basahlah mereka. Permainan Jalan Kasih melibatkan 10 pasangan yag diikat kaki mereka dan dikehendaki berjalan dan mengatasi halangan, iaitu upih dan sebiji buah kelapa. Seterusnya, permainan Tarik Upih, melibatkan 10 orang. Peserta pertama dikehendaki menarik peserta kedua, peserta kedua dikehendaki menarik peserta ketiga dan begitulah seterusnya. Game Geli-Geli melibatkan 10 peserta. Setiap peserta dikehendaki membasuh muka dengan air, sebelum mencari gula dalam tepung dan diletakkan juga perada di dalamnya. Tidak salah rasanya bagiku untuk menulis permainan ini adalah yang paling meriah sekali kerana melibatkan air dan tepung. Bayangkan sahaja muka-muka peserta yang dipenuhi tepung yang bercampur air, selain gemerlapan perada. Sungguh meriah dengan sorakan ketika permainan ini berlangsung.

Setelah itu ialah upacara penyampaian hadiah dan berakhirnya upacara ini, maka berakhirlah Family Day DBS 2011.

NAMUN, itu tidak bermakna tugasan kami telah selesai kerana kami perlu mengemas hampir kesemuanya. Sampah dikumpul, kerusi dan meja disusun, dan payung-payung disimpan selain memastikan semua peralatan yang dipinjam dipulangkan semula. Hanya setelah semua itu dilakukan, barulah kami pulang.

Hari semalam amat memenatkan, namun telah terukir berbagai pengalaman dan peristiwa yang sukar luput dari ingatan. Dan semalam juga, atas kelambatan aku untuk memproses kata-kata En Fawzi, aku dijadikan bahan ketawa beliau dan dua orang senior lelaki. Siapa sangka aku yang perempuan ini tidak menyedari maksud tersirat kata-kata beliau? Saat aku ditertawakan itu jugalah aku rasa ingin menggali lubang untuk menyorok di dalamnya. >.< Kepenatan mengaburkan fikiranku, mungkin. Atau aku memang selambat itu? :/

Sedikit sesalku adalah aku tidak sempat meluangkan banyak masa bersama rakan lain kerana terikat dengan tugasan aku, selain kekalutan aku telah menyebabkan kelambatan kepada semua. Maaf, hanya itu yang mampu aku tuturkan kerana aku tidak mampu untuk memutarkan kembali masa dan membetulkan semua. Maaf, jika ada tuturkata mahupun tingkah laku ku semalam menyakitkan hati sesiapa. Kepenatan dan stress menipiskan kesabaranku. :/

Sampai sahaja aku di dalam bilik, hampir sahaja aku menangis setelah melihat kulit mukaku yang terbakar agak teruk, terutama bahagian hidung. Hidungku berbelang! >.<"

Hari semalam ialah hari yang cukup indah. Pelbagai kenangan, suka duka, senyuman dan keringat terpahat dalam memoriku, yang Insya-Allah tidak akan aku lupakan sampai bila-bila. Terima kasih pada mereka yang bersama-samaku melaksana dan merealisasikan hari semalam, dan terima kasih juga pada semua yang hadir memeriahkan dan mengambil bahagian dalam pelbagai acara semalam. TERIMA KASIH SEMUA! =)



(|]^.^[|)♪♫~~ Dadali - Disaat Aku Mencintaimu


4 comments: