Tuesday 1 March 2011

Sesuatu tentang: Hidup.

Hidup tak selalunya indah. Kadang-kadang, datang segala dugaan, cubaan, dan cabaran yang menduga kita dari segenap sudut kehidupan. Kesabaran contohnya, adalah salah satu aspek yang sering diuji. Aku mengaku, aku bukanlah orang yang paling penyabar sekali di atas muka bumi ini. Dan atas ketidak-sabaran aku itu, kesabaran orang lain turut teruji sama. Justeru itu, aku ingin sekali lagi memohon maaf atas keterlanjuran aku yang kadang-kala melampaui batas. 

Akhir-akhir ini, aku penat. Terlalu amat sangat. Contohnya malam tadi. Aku ada perjumpaan latihan untuk teater ko-kurikulum drama, teater bertajuk "Imbas" karangan Almarhum Hashim Yassin. Skrip yang menarik namun agak sukar untuk direalisasikan, apatah lagi kami semua masih amatur. Namun itu tak mematah semangat kami (setakat ini). Teater ini akan dipentaskan di Dewan Sri Semarak UiTM Arau, Perlis pada 15 atau 16 April 2011, Insya-Allah. Pada masa yang sama dengan masa latihan ini, aku juga ada perjumpaan Persatuan Entrepreneurs, untuk Hari Keluarga yang akan berlangsung pada 5 Mac, Sabtu ini. Sebagai ajk bahagian penerbitan, aku dipertanggungjawabkan untuk membuat flyers. Dan aku juga mendapat kiriman sms bahawa ada latihan tarian Kelab Taming Sari. Aku bukan penari, namun aku ahli yang dikira agak aktif dalam Taming Sari. Dan aku juga perlu membuat persiapan atas peperiksaan CTU151 hari ini (yang telah berlangsung tadi). Hahaha~ Bayangkan saja betapa sibuknya aku semester ini dengan tanggungjawab dan tugasan, dan bagaimana saja aku harus membahagikan diri aku untuk melaksanakan semua. Walau sibuk, walau tertekan, namun aku tetap berasa gembira. Aku tak tahu bagaimana harus aku terangkan, namun yang pasti, aku gembira. ;)

Malam tadi juga, selepas tamat perjumpaan Persatuan Entrepreneurs, aku terus ke Studio Tarian kerana seorang senior telah memberitahu bahawa mereka ingin menyambut hari ulang tahun salah seorang penari. Oh, ingin ku beritahu dengan tidak-berapa-gembiranya aku telah bermandi tepung malam tadi. Mujur sahaja yang memandikan aku itu adalah 'birthday girl' sendiri, atau aku akan benar-benar menangis. Dan mujur juga ianya tepung dan BUKANnya telur. =) Teringat aku kepada kawan yang sama kursus denganku (namun berlainan kelas). Dia berkata bahawa dia sangat teringin untuk memandikan aku dengan tepung, namun khuatir aku menangis. Dia telah meletakkan gelaran "muka nangis" kepadaku. Maaflah, bukan mudah bagiku untuk menjaga ekspresi muka. Namun aku memandangnya sebagai aset. Kerana aku tahu dia takkan sanggup untuk memarahi aku. =)






Ini adalah lagu yang sering aku dengari akhir-akhir ini. ;) Sekadar ingin berkongsi di sini. Do listen and enjoy it! =)



(|]^.^[|)♪♫~~ Melda Ahmad - Kimia



No comments:

Post a Comment