"Kenapa makcik. Makcik nak ambil saya jadi menantu ke?" Ringan sahaja mulut ni nak bertanya kepada makcik cleaner yang khusyuk sungguh memerhati sedang saya menyidai baju di ampaian pagi tadi. Sampai perasaan takut pun boleh pula mucul dalam hati. Makcik, saya tahu saya ni comel, tapi tak payahlah usha saya sampai macam tu sekali. Hahahaaa... XD
Kadang-kadang, kita faham, tapi sengaja buat-buat tak faham.
Dan kadang-kadang juga, kita tak faham, tapi buat-buat macamlah kita faham sangat.
Dalam hati dan fikiran, macam-macam benda yang membelenggu dan menggangggu. Assignment, presentation, tanggungjawab, dan segala macam hal lagi yang memenuhi diri. Mampukah diri ini memenuhi semua tanpa mengecewakan hatta seorang pun? :/ Kerisauan itu tetap akan muncul walau sebanyak mana kita cuba melakukan yang terbaik. Kerisauan jika kita melukakan atau menghampakan orang lain.
(|]^,^[|)♪♫~~ Mariah Carey - My All
No comments:
Post a Comment